Sunday 19 February 2012

Hasil NuKilan PerTamaKu:- Sebentuk Hati Buat KeKasih







Usai solat Asar, Ana duduk menghadap tingkap. Menjengah ke luar.Memerhatikan jejak-jejak orang lalu lalang.Hujan kian lebat tanpa mempedulikan nasib mereka yang kebasahan di luar. Laptopnya dibiarkan terbuka saja di atas katil. Dibiarkannya saja lagu  Adele-“Someone Like You “  berkumandang. Fikirannya melayang,berserabut. Entah apa lagi yang akan dihadapinya selepas ini.


Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead..
Nothing compares,
No worries or cares,
Regrets and mistakes, they’re memories made,
Who would have known how bittersweet this would taste..



 Ana akur,jodoh pertemuan sememangnya sesuatu yang tidak dapat diduga. Walaubagaimana skalipun kita cuba mempertahankannya, takkan terjangkau kuasa yang Maha Esa. Ana sedar banyak hikmah yang tersembunyi atas apa yang telah berlaku. Pada mulanya dirasakan dunia ini tidak adil, seolah-olah satu dunia berkomplot untuk menyakiti hati dan perasaannya. Terasa dirinya lah manusia paling malang. Namun setelah beberapa ketika Ana sedar. Dia tahu takkan selamanya langit itu mendung. Pasti ada sinar hadir jua untuknya. Menangisi bukan jalan penyelesaian,bukan jua mengubah apa-apa. Digagahkan diri , berbekalkan sisa-sisa semangat yang ada,kenangan itu di disimpannya kemas-kemas hanya di dalam lipatan memorinya. Air mata yang ditakung tadi tumpah jua tatkala mata bundar miliknya itu dipejam. Tumpah sebagaimana lebatnya titis air hujan di luar. Disekanya air mata itu,lantas mengambil tuala untuk pergi membersihkan diri. Dia tahu perasaannya itu tidak boleh dilayan begitu lama. Perlahan dia berlalu masuk ke kamar mandi membiarkan lagu di laptopnya bernyanyi sendiri.

            



                      Malam itu Ana keluar mereleasekan tension dan mencari ilham di port faveretnya, Cafe Safora yang berdekatan dengan kawasan tasik dan menghadap ke laut. Kawasan yang sememangnya berekabentuk simple namun masih mengekalkan gaya moden dan futuristik. Sekali pandang, Safora nampak serupa saja dengan bar atau lounge lain namun yang menarik minat Ana ialah pencahayaan biru di keseluruhan café tersebut adalah sangat menarik dan tidak begitu terang. Alunan muzik slow jazz dan lagu berentak soul RnB yang sentiasa dimainkan di café tersebut benar-benar menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang datang. Sesuai dengan jiwa Ana sebagai seorang pemuzik dan penulis. Namun tak banyak yang mengetahui akan wujudnya café ini berikutan lokasinya yang terletak agak jauh dan terpencil dari kotaraya. Hanya yang benar-benar  suka mengeksplorasi yang tahu akan kewujudan café ini. Mungkin pemiliknya seorang saja yang tahu mengapa kawasan tersebut diambil sebagai lokasi. Yalah,kalau hendak difikirkan dari segi keuntungan,memang berapa kerat sajalah orang yang berkunjung. Mungkin sebab itu jugalah Ana lebih selesa untuk ke sini bagi menghilangkan segala tekanan dan masalah yang ada. Memang sudah menjadi tabiat Ana untuk berkunjung ke sini sekiranya dirinya berasa tertekan dan menghadapi masalah. “ Mungkin muka aku dah dikenali oleh pekerja di café ni kot,”getus hati kecil Ana. “Lantakla,aku bayar ape,” katanya lagi.Ana terus masuk dan mengambil ruang paling sudut .Mungkin tidak mahu dilihat oleh orang lain akan kemurungan yang melanda dirinya saat ini. Sebuah lagu evergreen dari KC & Jojo- All My Life, dimainkan oleh dj sebaik sahaja dia melabuhkan dirinya ke tempat duduk.



And all my life 
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life 
I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too..








Alunan lagu ini benar-benar mengusik hati kecil Ana. Pernah dulu dia merasakan seperti yang tertulis pada bait-bait lagu tersebut namun semua hanyalah sementara. Rasa itu pergi jua. Lamunannya jauh ke kenangan lalu dan Ana terleka sehingga tak sedar didatangi oleh pelayan kafe tersebut yang datang ingin meminta pesanan. “Excuse me miss,your order please?” tanyanya santun. Ana mendongak dan memerhatikan wajah pelayan tersebut dalam kesamaran cahaya biru.Agak tinggi,sangat kemas dan tak kurang kacaknya.Sekali imbas macam pelakon kegemarannya,Beto Kusyairy.  Tak pernah aku tgok mamat nih bfore,new worker kot bisik hatinya. “erm,just a glass of vanilla coke please.And a glass of warm water ok..Tq.”  Ana terus memalingkan mukanya selepas melakukan pesanan.Dia tak sanggup lelaki itu terlihat sisa-sia air matanya yg menitis tadi.Ah!air mata lagi.Menyusahkan betul jadi pompuan,getusnya. Lelaki tersebut hanya mengangguk lantas tersenyum dan berlalu pergi. Dalam hatinya berbisik,mcm ada problem je minah ni.Wait,apesal aku plak yg sibuk?tuturnya seraya memasuki ruang dapur. Matanya ligat mencari tin air vanilla coke sepertimana yg di order. Alahai,dah habis ke?ye ye je aku angguk kat customer tadi. Ah, buat air ribena sprite jelaa. Lebih kurang je rasenye.katanya lagi. Nun di kaunter 2 orang pekerja sibuk bergosip tentang bos mereka yang baru sahaja  tiba dari UK. “Mon,rasa bersalah plak aku biar die yg buat keje,bisik Didi yg bersusuk kurus sambil mencuit pinggang Mon yg sedang asyik mengelap meja kaunter.”ah,ko nie.kan ko sendiri dengar.Dia sdiri yg sebok nak buat keje.biarlah.nak jadi bos kan kenelah mule dri bawah dulu.baru die paham prasaan kita sbgai pkerja under dia..paham..?ee..ujar Mon acuh x acuh. Didi tergamam lalu berbisik,”Kot ye pun jgnla kuat sangat sound tu.kang x pasal2 dgn aku2 skali kena bambu sbb mulut ko yang byk sgt insurans tuh.   Kemudian kedua2nya mdiamkan diri stelah air minuman siap dibancuh oleh bos baru mereka.”kalau kamu bdua penat,berehatla dulu.kalo nak solat,solatla dulu kat atas.Saya boleh handle.ucapnya lalu berlalu keluar menghantar pesanan. Mon dan Didi hanya tersengih dan mengangguk lalu berlumba-lumba naik ke atas untuk menunaikan solat dan berehat.Jauh di sudut hati mereka mengagumi akan keperibadian bos mereka yang dirasakan sangat gentle dan bertimbangrasa itu.

Ana mengeluarkan seutas rantai emas putih dari beg diarinya. Diitenungnya lama2 dan Loketnya yang berbentuk kunci itu di genggamnya erat2. Kenangan masih lagi menguasai dirinya. Wajah itu lagi menghiasi ruang fikirannya. Lamunan Ana terhenti apabila minumannya dihidang. Pelik juga bisik hatinya apabila melihatkan rupa minuman yang dipesannya kelihatan berlainan daripada biasa. ‘Dek,rasenye adik salah hanta ni cos saye order vanilla coke.xdenye sprite2 nih.ujar Ana sambil menunjuk ke arah lapisan air di dasar gelas tersebut. “Saya tahu. Tapi saya minta maaf.vanilla Coke dah habis. Yang ni Ribena Sprite,saya buat khas untuk cik alang-alang saya pun xde keje gak.Pelanggan pun x ramai.jangan risau,saya belanja.nah,air suam cik.tadi ade order jugakkan?Ujar lelaki itu lembut lantas tersenyum sambil menghulurkan kedua-dua gelas tersebut pada Ana.hatinya berbunga-bunga kerana baru sahaja tadi gadis tersebut memanggilnya adik.Muda sangat kot muka aku ni,bisik hati kecilnya gembira.Senyumannya x lekang dari bibir menyebabkan Ana menjadi sedikit bersalah apabila asyik memasamkan muka saja dari tadi. Sedikit demi sedikit wajahnya mengukir senyuman.“xpalah dek. Saya tak suka minum minuman lain.Adek bawalah masuk balik eh,kata Ana.”eh,betul ni.saya belanja.Dah potong dah dari gaji saya cik,gurau lelaki itu bersama senyumannya yang manis. Tahulah dia gadis di hadapannya adalah seorang gadis yang tidak mudah menukar selera,atau lebih senang lagi,x suka benda baru seandainya sudah biasa dgn minat lama. “kalau dh mcmtu,adik jelaa yg minum air tu k..thanks.Saya minum air suam je cukup.”ujar Ana,masih lagi menolak. Entah2 dalam air tu ade pil tidur kot,macam yg salu ade dlm Tv tu.x kuase aku!ucapnya d dlm hati.
      Muka dialihkan menjengah ke tingkap.x sanggup aku bertentang lame2 dgn mamat nih,ujarnya.terkejut beruk Ana apabila lelaki tadi duduk btentangan dengannya sambil menarik air Ribena Sprite ke arahnya lalu dminum. “X salah rasenye kalau awak cuba dulu air ni kan?Sedap gak,ucapnya sambil tersenyum mengharapkan Ana memandang ke arah dirinya. Ana kaku dan dingin. Masih lagi memerhatikan laut di luar.Apa punya worker la ni,dahla baru.Brani2 pulak dudok kat depan aku.xde keje sangatke kat dapur tu.Aish!Kacau!getus hatinya. Aku datang nk bsendirian dia pulak yang mengganggu.nak je aku report kat bos kau tu.Adohai..Lelaki tersebut yang sedar dirinya x dilayan lantas bangun. “Cik,saya belanja yg Ribena Sprite je tau.Air suam tu cik bayarlah sendiri kat kaunter k?ucapnya sambil berlalu. Di hati kecilnya puas mengenakan gadis tersebut yang dilihatnya bersifat agak dingin dan sombong. Dia saja mengusik gadis tersebut yg dirasakannya misteri dan menduga kelelakiannya. Belum pernah lagi ada gadis yang buang muka dengan aku mcm tu until now.fikirnya sendirian,lantas tersenyum kecil.

Ana yg tergamam selepas mendengar kata2 lelaki tersebut terus menghabiskan segelas air suam yg dipesannya tadi dan lantas mengemas beg. Potong betullah!Ingatkan nak cari ilham,kena bahan lagi adelaa!bisik hatinya geram. Ana bingkas bangun dan menuju ke kaunter hendak membayar minumannya. Dia menghulurkan sekeping not RM1 kepada cashier dan berlalu tanpa menyedari rantai emas putih yg dpegangnya tadi terjatuh di atas sofa tempat duduknya . Dia keluar dari café tersebut dan menuju ke arah kereta Suzuki Alto berwarna pink miliknya. Dari tingkap café lelaki tersebut tadi  melaung, “Cik,panggil  je saya Kefli!Bukan adik !Rasenye saye lebih tua dari cik kot!Dia tergelak kecil lalu menggeleng2kan kepala.ahai..mmg xde keje ke aku nih,bisiknya dan tersenyum seorang. Nun di dalam kereta, Ana mendengus geram lalu memecut laju meredah malam.Banyaklah kau punya Kefli!!..Eh?Kefli??Hmm..Macam kenal jek!

Bersambung……..

No comments:

Post a Comment