Thursday 27 December 2012

Detik detik terakhir arwah Ibu - Part 2



Coretan semalam ku sambung semula..Terima kasih kpada yg sudi mbaca,sudi memberi feedback,,aku amat mghargainya..

********

Setelah Subuh pagi Sabtu itu, bapa dan ibuku berangkat dari rumah ke Labuan utk mnjemput adik bongsuku, Harun balik ke Kuching. Mereka hanya menggunakan jalan darat kerana keluarga kami tidaklah sesenang mana untuk menggunakn kapal terbang
.
Ibu mengetuk pintuku pada pagi itu dan aku bingkas bangun. Ku kuakkan pintu dan  melihat ibu di luar. Ku peluk erat ibuku seakan akan tidak mahu mlepaskannya pergi. Kemudian ibu meleraikan pelukan dan bergegas mmasuki kenderaan kerana bapaku telah menunggu. Sesuatu yg aku langsung x jangka,ibu keluar semula mendapatkanku lantas memelukku semula! Aku yg kehairanan hanya membalas pelukannya dan sempat berpesan agar segera menelefonku sekiranya sudah sampai di sana. Ibu mengiyakan dan masuk semula ke dlm kereta. Aku pergi mendapatkan bapa dan berpesan agar bapaku tidak memandu terlalu laju dan bapaku hanya mengangguk. Deep inside,hatiku mula merasa tidak sedap, tapi tidak aku zahirkan.
Tidakku sangka,tidakku duga,itulah kali terakhir aku merasakan hangatnya pelukan ibu. Patutlah ibu sehingga berkali2 memelukku pada pagi tersebut..Dia sudah memberi tanda,namun aku langsung tidak menduga apa apa..Ya Allah..

Pada petang itu, ibu menelefonku memberitahu bhwa mereka sudah tiba di Miri. Sempat jua dia menunjuk2 padaku bahawa mereka bermalam di hotel yg agak ekslusif..Aku hanya ketawa dan mengusik ibuku.. lantas aku menasihatkn mereka agar makan dahulu kerana aku tahu mereka berdua pasti lapar,dan bapa pasti penat.Ibu hanya mengiyakan dan berjanji akan menelefon ku semula pada malam nanti.. Malangnya,walaupun berkali kali ibu menelefonku pd mlm itu,aku tidak menjawab telefon kerana terlalu letih dan tidur awal. Bygkanlah sahaja kekesalan ku pada hari itu!Kalaulah ku tahu ! Kasihan ibu! Ya Allah.

Keesokannya,barulah bapa dan ibu sampai ke Labuan. Tiada panggilan telefon pada pagi itu, tapi pada malamnya ibu sekali lagi menelefonku namu kerana kecuaian ku,skali lagi aku tidak sedar. Hp ku dibiarkan dalam mode silent dan semua panggilan ibu tidak berjawab.Inginku telefon semula namun tiada kredit..Sungguh aku kesal!Ya Allah...

Petang esoknya barulah aku dapat berbual bual dgn ibuku setelah ibu menelefonku semula dari terminal feri labuan..Kami sempat bergurau senda dan ibu sempat mengusikku bertanya bila gajiku akan keluar. Haha. Aku tahu ibu semmgnya tidak pernah mgharapkan duit drpada kami adik beradik,cuma dia gemar bnar menyakat. Dia juga meminta ku membawanya berjalan jalan shopping sekembalinya dia ke Kuching nanti.Sempat juga dia berkata bhwa dia telah mbelikan begitu byk coklat untuk kami dan beberapa perfumes untukku kerana dia tahu aku amat gilakan perfume,sepertimana bapa.. Oh,ibu..andai saja masa dapat ku putar kembali..Suara ibu amat ceria di hujg corong,rupa rupanya itulah kali terakhir aku dpt mndengar suara ibu . Kalaulah ku tahu,pasti akan ku teriakkan "Aku amat Sygkan Ibu" berkali2 padanya...Ya Allah...!

Pada  pagi 2 Oktober 2012 itu, mereka pun bertolak dari Miri menuju ke Kuching. Perjalanan berjalan dengan lancar pada mulanya namun jalanraya agak licin kerana hujan turun renyai renyai..Menurut bapaku,mereka sempat singgah di Bintangor kerana ibu mengadu sakit perut. Sungguh bapa tidak menyangka,itu jugalah antara tanda tanda saat ajal ibu sudah semakin mndekat..


Aku pula yg baru sahaja melunaskan solat Zohor di surau pejabat berasa mengantuk lantas aku pun tidur sekejap bagi mengembalikan tenaga. Jam 1.45 petang aku mendapat panggilan dari adik bongsuku, Harun memberitahu ku akan berita kecelakaan mereka di simpang Pais, bdekatan daerah Betong. Aku kurg jelas mendengar suaranya kerana esak tangisnya kedengaran lebih jelas. "Kak,kami accident kak..." masih jelas trngiang di telingaku..

Aku tersentak.
Aku terkelu.
Seketika nafasku terasa tersekat,jantungku seakan akan berhenti berdegup.
Ya Allah, adakah ini benar2 terjadi kpadaku???

"Aron,mak...mak macammana...mak ok?mak mcammana?? ucapku menahan esak tangis. Adikku hanya mampu menangis dan berkata kedua dua ibu bapaku sudah tidak sedarkan diri.

Ya Allah!Dugaan apakah ini???!!
"Kak,tlog bgtahu abg kak..bgitau pakcik makcik yg lain.." Aku tahu adikku sedang menahan kesakitan. Dia sempat memberitahu belakgnya sakit. Seolah olah dipusing kuat. Aku masih juga bertanya..Mak ron..mak mcamana?Ada suara mak kah??Tengokkan mak...Ya Allah..hatiku bagai direntap sahaja pada kala itu. Jujurku akui, aku langsung tidak bertanya keadaan bapa.Tidak bertanya keadaan adik. Yang ku tahu,ibu mesti dlm keadaan selamat..Sungguh aku hilang akal pada kala itu. Terus terusan syaitan menghasutku agar menyalahkan bapaku yg memandu terlalu laju. Ya,nyata aku pun terhasut. Ini semua salah bapa,bentakku bkali2.. Setelah telefon diletakkan,aku kaku tidak bergerak. Aku keseorangan di dlm surau. Aku memandang sekeliling...

Ya Allah,apa salah keluarga ku???mengapa kami yg kau pilih...Allahuakbar..Allahuakbar..
Lantas aku mengucap dan bergegas turun ke pejabatku dan meberitahu staff yang lain. Beberapa org staff brusaha menenangkan ku. Merekalah yg menghantarku ke rumah kerana aku mmg sudah tidak berupaya memandu dalam keadaan emosiku yg sebegitu. Sesampainya di rumah,ahli keluargaku yg lain sudah berkumpul dan aku hanya mnunggu abg sulungku pulg. Semasa ku menelefonnya tadi,abg hanya mampu beristighfar dan mnarik nafas panjang..Aku tahu abg juga cemas..Tak tentu arah..Aku cuba menghubungi adikku yg brada di maktab namun gagal. Tanpa dapat menunggu,aku,abg dan salah seorg pakcikku terus bertolak ke Kuching dan terus memecut ke Sri Aman. Kami diiringi kesemua adik bradik bapaku yg menggunakan kereta masing masing. 

Di sepanjang perjalanan,pelbagai andaian terlintas di fikiran. Adakah aku akan kehilangan ibu? Bagaimana pula bapaku?Adikku? Ya Allah..aku hanya mdiamkan diri di spjg pjalanan. Lalu, hpku bdering. Aku terasa amat lemah utk mnjawabnya tapi ku gagahkan jua. Bapa berada di hujung talian. Suara bapa amat lemah,dan timbul rasa kasihan wlaupun seblum ini aku seolah olah mnyalahkan bapaku atas apa yg blaku. Ya aku akui..Aku bertindak melulu, mengikut hati! Tapi aku hanya manusia biasa..Dikuasai emosi,dikuasai amarah..lantas bapa meminta kami terus pergi ke Sri Aman mengambil adik bongsuku yg hanya mengalami cedera ringan. Beberapa cebis kaca di tgn dan blkg badannya telah dikeluarkan. Bapaku pula masih di hospital menemani ibuku yg cedera parah dan tpaksa dihantar ke Hospital Betong. Dia mberitahuku ibu sudah dibius bagi mengurangkan kesakitannya,dan akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di Kuching. Mereka bakal bertolak setelah semua kelengkapan ambulans diatursedia.

Setelah mengambil adikku Harun, kami terus berpatah balik ke Kuching semula..Aku kasihan melihat abang yg memandu tanpa henti sedari tadi.  Lebih kurang jam 11 kami pun sampai di wad kecemasan Hosptal Umum Swk. Juga merupakan tempat kerja ibu. Lupa hendak ku beritahu,ibu merupakan seorg jururawat masyarakat yg btugas di Wad Ginekologi di HUS.

Sesampainya di sana, ku lihat saudara maraku sudah berkumpul. Airmataku tumpah lagi. Langkahku dirasakan amat longlai. Rasa seolah olah mahu saja ku rebah pada kala itu. AKu langsung tidak mempedulikan org sekeliling dan terduduk di kaki lima hospital. Perlahan sepupuku, Mass merapati aku dan cuba menenangkan ku. Dia memujukku dgn mngatakan Insyaallah ibu akan pulih semula. Sedikit sebanyak semangatku pulih,namun ketakutan khilangan ibu masih jelas mnguasaiku. Aku benar benar berharap agar ibu diberikan kesempatan kedua untk terus hidup. Aku sayang ibu Ya Allah...

Tidak lama kemudian,ambulans yg mbawa ibu dan bapaku pun sampai dan ibu terus dibawa masuk ke wad kecemasan. Adik beradikku yg lain semuanya telah masuk untuk melihat keadaan ibu,namun tidak bagiku. AKu masih di luar.Aku masih terlalu untk bdepan dgn ibu. Terlalu lemah utk berdepan dgn realiti dan hakikat. Aku meminta Mass mnemaniku ke surau kerana aku ingin menunaikan solat hajat,memohon agar ibu berjaya diselamatkan. Bapa tercari cari kelibatku dan menelefon memintaku agar menjenguk keadaan ibu di dalam wad. Aku bergegas turun setelah menunaikan solat, dan menemui ibu walaupun hakikatnya kaki ini masih belum mpunyai kekuatan utk mlangkah. Ku gagahkan diri,ku pulihkan semangat dan ku beristighfar byk2 sebelum masuk ke wad yg mnempatkan ibu. Perlahan kaki ku langkahkan dan nun di hujung sana ibu terlantar tidak sedarkan diri bersama dgn pelbagai tiub memasuki tubuh nya..

Astaghfirullahalazim....
Astaghfirullahalazim....
Allahuakbar...Allahuakbar...
Aku bagaikan terhentak seketika. Abg,adikku serta ayah berada di penjuru katil sambil mbacakn Yassin..dengan iringan airmata..Ku lihat adik adikkku sudah tersedu sedan melihat ibu.
Aku merapatkan diri melihat keadaan ibu. Ya ALLah...berikanlah aku kekuatan...penglihatan ku berpinar pinar dan dgn sisa kekuatan yg masih ada, aku membisikkan ke telinga ibu,

"Mak, ini saya mak.Anak mak. Satu satunya anak perempuan emak. Mak mesti bertahan mak..Jgn kalah mak.Kuatkn semangat mak, demi kami mak. Apalah saja yg kami mampu buat mak andai mak tiada.. Mak jgn tinggalkan kami mak...Mak....mak dengarkan..." 

Kata kataku mati disitu. Aku melihat keadaan sekeliling semakin gelap. Sedar sedar sahaja aku sudah brada di atas kerusi dikelilingi bapa dan mak Usu ku. "Tarik nafas dlm2 nak,tundukkan kepala...pucat muka tu..kata bapaku seraya cuba memulihkan ku.Rupa rupanya aku hampir pengsan dek kerana terlalu terkejut melihat keadaan ibu. Ya Allah..hati siapa tidak luluh melihat sekujur tubuh yg pernah melahirkan,memberi setiap titis susunya,bersabar dgn segala karenah baik burukku , terbujur kaku tidak bergerak dan hanya bgantung kpada mesin utk trus hidup. Benar benar di depan mataku. Bukan Mimpi,bukan drama tv, tapi kenyataan..Satu tamparan hebat bagiku. Seandainya aku mampu menggantikan tempatnya,biarlah aku sahaja yg sakit mak.biar aku saja yg tanggung, biar aku sahaja yg pergi mak..Ya ALLAH...!

Seketika kemudian para doktor mula masuk dan memeriksa keadaan selanjutnya. Aku hanya tergamam dan berlalu keluar sambil dipapah kakak iparku. Lemah tiada berdaya. Begitulah aku pada kala itu. Aku masih tidak dpt menerima knyataan. Aku benar2 bharap ini semua mimpi semata dan aku mahu lekas2 bangun dari tidur.Tapi inilah realitinya.Memang aku sedang diuji. Kami sekeluarga sdang diuji.Ujian yg amat berat ku rasakan. Pedih,perih dan tak tertanggung.

Ku melihat ke kiri dan kanan dan terus mendapatkan mak Usu ku,antara adik ibu yg sgt rapat dengannya. Pantang ada kursus di Kuching,pasti ibu membawanya keluar membeli belah bersama,dan aku tidak terkecuali. Mereka berdua sangat rapat. Ku lihat wajah sugul mak usu kembali.Mesti dia juga merasakn yg sama. Bagikan direntap saja nyawa pd waktu itu. Aku mendapatkannya, lantas memeluknya erat. Airmataku laju saja mengalir bagaikan paip air yg melimpah. Dia mengungkapkan kata kata sabar kepadaku,namun aku tahu dia juga merasa bagaikan tidak percaya atas apa yg berlaku. Semua kenangan ku bersama ibu bermain di mata, gelak tawa dan manjanya bersilih ganti. Aku yg paling rapat dengannya antara adik beradikku,aku yg seringkali menghabiskan masa bersamanya,membawanya ke sini sana,kemana saja tempat yg dia ingini. Tidak pernah sekalipun aku menghampakn kemahuannya kerana aku bpegang pada prinsip," Layanlah ibu bapa kamu umpama mereka akan meninggal pd esok hari." Sekurang kurangnya,kesalmu tidak akan bpanjangan seandainya berlaku apa apa ke atas mereka di keesokan hari. Kita manusia takkan pernah bersedia,xkan pernah tahu bila Izrail akan dtg memanggil...

Tangisku terhenti apabila bapa merapatiku dan memberitahu keadaan semasa ibu kepadaku. Denyut nadinya normal,keadaannya stabil dan hanya menunggu untk melakukan pmbedahan minor utk menyedut darahnya yg sudah mula memasuki kawasan paru parunya. Sekali lagi aku bagaikan dihempap batu.
Ya Allah,kesiannya ibu! Apa salah ibu,bentak hatiku berkali kali. Bagaikan hilang waras akal aku menagis semahu mahunya di luar wad kecemasan. Kakak iparku yg hanya berniat utk memberi makanan kpadaku yg sedari pagi blum mnjamah sebarg makanan,ditengkingku umpama kerasukan syaitan!Aku x mahu!!!!!Jeritku seperti org gila...Ya,aku bnar benar hilang pertimbangan hingga tak sedar apa yg aku lakukan. Aku hanya mahu ibu,hanya mahu ibu!Bapaku cuba menenangkanku namun aku masih begitu. Salah seorang pakcikku mendekatiku dan berkata,
'Kalau kau sedih,bapa kau lagi sedih. Dia yg lebih lama bersama ibu,dia yg lebih byk kenangan bsamanya,dia lebih sayangkannya drpda kau. Dan dia juga pasti merasa amat bersalah di atas segala yg blaku. Yang paling tertekan dlm hal ini adalah bapamu nak.."
Aku terdiam lagi. Ada benarnya kata kata itu. Ya Allah..apa yg telah aku lakukan..Astaghfirullah..jauhkanlah aku dari syaitan2 yg menghasutku ini Ya Allah..

Aku mnarik nafas dalam dalam.
Dan menghela pjg..Ku perhatikan adik adikku yg lain hanya duduk diam melayan prasaan sendiri..Entah apa yg bermain di benak masing2..Ku lihat bapa berjalan ulang alik,mungkin utk meredhakan perasaan nya yg bcampur baur.Ya Allah..ku lihat raut wajahnya yg luka luka kerana terkena serpihan kca..kesian bapa!
Airmataku tumpah lagi..lantasku sandarkan diri ke kerusi dan perlahan melelapkan mata sementara menunggu kputusan doktor...

Cukuplah dahulu sampai di sini..Insya Allah nanti akanku sambungkan lagi utk tatapan semua. Bengkak sudah mata ini menangis sedari tadi. Aku akui sepanjang aku menaip entry ini, tidak pernah sesaat pun airmata ini berhenti bgenang....

Ya Allah! Aku rindu ibu.....:,(
Al Fatihah utkmu, Allahyarhamah Hajijah Binti Mari...
Terima kasih atas kesudian membaca luahan ku ini.


*masih belum sempurna*


Kenangan bersama ibu , semasa bersolat jemaah di surau kampung.

Tuesday 25 December 2012

Detik detik terakhir arwah Ibu

Assalamualaikum..tujuanku menjengah blog pada hari ini adalah ingin berkongsi sebuah kisah.Kisah yg paling tragis dlm hidupku selama 24 tahun ini. Sebuah tragedi Oktober yg byk mngubah hidupku,diriku,keluargaku. Kami sekeluarga diuji Allah dgn begitu brat sekali pada awal Oktober yg lalu. Ibuku telah pergi meninggalkan kami  buat selama lamanya....

Kekuatan demi kekuatan ku kumpul untuk aku akhirnya berani meluahkan segala galanya di sini. Bukan Bukan mudah. Bukan niatku meraih simpati tetapi ini sajalah caranya aku meringankan rasa di dalam hati ini. Lama sudah niat ku tanamkan utk bkongsi,agar tidak ada lagi andaian andaian yg bukan bukan mengenai kisah pemergian arwah ibu. Ibu yg aku amat sayangi...


* * * * * * *


5 hari sebelum pemergian ibu, kami sekeluarga telah pergi ke majlis tahlil saudara di sebelah bapaku yg telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Petang itu entah kenapa kuat rasa di hatiku mengajak mereka semua pergi sedangkan sebelum ini pasti ada seorang dua yg akan tinggal,utk mnjaga rumah. Sempat ku katakan kpd salah seorang adikku, "Kita mesti pergi,kalaupun org lain tidak ingat, anak anaknya pasti akan ingat sampai bila bila." Aku masih ingt lagi arwah ibu mengenakan bau kurung hitam batik yg dibelikan oleh bapaku. Sgt cantik ibu pada mlm itu. Aku sendiri yg membantunya mengenakan tudung. Aku mengenakan pin keronsang di bahunya agar kdudukan tudung tidak beralih. Ku tenung wajahnya lama lama seraya ibu pun mmelukku. Sempat jua kami berkasih syg di depan cermin walhal hakikatnya bapaku sudah lama mnunggu di dlm kereta.

Sesampainya kami di sana, aku dan arwah ibu hanya duduk di dapur memandang x ada ruang lagi untuk kami berdua utk mnunaikan solat Maghrib bjemaah. Ramai yg menegur ibu nampak semakin berisi,semakin sihat. Ya,itu aku mmg akui kerna arwah semmgnya sangat bselera apbla makan,lebih lebih lagi apabila skrg apabila aku sudah ada di rumah. Sebelum ini aku bertahun tahun mnuntut ilmu di negeri org dah hanya pulg apb musim cuti bermula. Aku akui sangat manja apabila bersama ibu, dan begitu juga ibu.Sangat manja bila bersamaku. Tambahan pula aku sahajalah satu satunya anak perempuan dalam adik beradik.Jadi, bayangkan sajalah bagaimana keadaan aku apabila kehilangan ibu,teman rapatku,sahabat dan tempatku bmanja mesra.


Di malam itu selepas selesai mbaca Yassin ibu berkata kpadaku," Nak,x sangkakan...awal benar dia pergi. Dah nama suratan kan." Aku hanya mengangguk dan mengiyakan kata kata ibu. Sekarang kalau aku teringatkan wajah ibu kala itu,air mata mmg tidak dapat dibendung lagi. Rupa rupanya kata katanya pd mlm itu salah satu tanda yg dia akan menyusul. Ya Allah..

Setelah selesai semuanya,kami skluarga memohon diri utk pulang. Namun kami tidak terus pulang ke rumah,dan aku mengajak bapaku membawa kami semua ke Boulevard Mall. Entah,aku rasa seperti hendak berjalan jalan dahulu pd mlm itu. Bapa bersetuju,dan aku tahu arwah pasti sgt gembira kerana arwah sangat suka mencuci mata melihat baju baju di situ.Ah,tkenang lagi..Hmm..Setelah masuk ke dlm,aku mbawa bapa dan ibuku ke suatu sudut di bahagian bangunan baru Boulevard. Tujuanku membawa mereka ke sana adalah untuk berehat dan merasai urutan di kerusi urut automatik Sit n Go,salah satu favourite spotku,yg aku rasa semmgnya amat selesa utk mereka. Abg,kakak iparku dan adikku pula pergi berpecah ke ruangan pakaian. Aku pula mbawa orgtua ku berurut.Mungkin mereka akan merasa lebih selesa berurut setelah seharian bekerja. Aku pun blakon seolah olah pelayan di situ dan mempersilakan mereka berdua duduk.




Ku masukkan duit not rm1 pd kedua2 kerusi mereka berdua dan secara automatik kerusi tsebut mula mengurut mereka berdua.Ayah hampir tertidur kerana keasyikan diurut ,manakala arwah ibu pula tidak henti henti ketawa kerana merasa geli akan urutan tsebut. Sungguh comel ku melihat gelak tawa ibu di sisi bapa yg tersandar kenyamanan. Aku tahu,ayah sudah biasa tapi tidak bagi ibu. Inilah kali pertamanya mcuba kerusi urut tsebut dan aku tahu itu pengalaman baru baginya. Aku yg berada di hadapan mereka hanya mampu tersenyum,Alhamdulillah,walaupun hanya dgn pkara sekecil ini,setidak tidaknya aku bjaya melihat senyuman kegembiraan di wajah mereka. Adalah ssuatu yg amat mbahagiakan apabila melihat mereka bgelak ketawa bersamaku. Tidakku sangka itulah mlm terakhir ibu berada di sana, sedangkan aku merancang untuk lebih kerap membawa ibu ke situ pada masa akan dtg. Itulah ajal maut,langsung tidak pernah terduga. Kesemuanya ketentuan Tuhan..

Ah,terleka lagi aku..sedangkan solat Zuhur belum lagi disempurnakan..Aku mohon undur diri utk bsolat dahulu ..Insya Allah, ada kelapangan nanti akan ku sambung lagi perkongsian ku ini..Agar dapat diambil iktibar, bagi sesiapa sahaja yg membacanya..Ini janji aku, kamu pasti beroleh sesuatu di akhir perkongsian ku nanti...Insya Allah...

*masih belum sempurna*




Sunday 16 December 2012

Solat Istikharah, Cara & Doa



Solat Sunat Istikharah, Cara, & Doa

 

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Semoga bermanfaat...Selamat bersolat Istikharah..^^

Sunday 30 September 2012

Kisah Cinta Fatimah Az- Zahra & Ali bin Abi Thalib












Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu” ...

~ Semoga boleh dijadikan iktibar untuk kita semua yaa...Assalamualaikumm ~^^

Wednesday 28 March 2012

Aku Sayang Allah, Aku Rindu Allah, Aku Cinta Allah








      




      Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1.Tiada kecewa 

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2.Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan. 
Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

i. Dari sudut ilmu
Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.

ii. Di sudut realitinya
Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:

a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.

b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita ber
iman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.

c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?

d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?

e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.

f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.


pergi) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.

h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."

Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya..............





sumber dari~Ukhwah.com~~Semoga bmanfaat~~:)

Wednesday 29 February 2012

Qarin jin Pendamping Manusia

   

   Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.



Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.

Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah…. syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)

Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.Wallahualam.Semoga bermanfaat..:p

Teknik Pencucian Kencing Yang Betul Dalam Islam









  Assalamualaikum semua...kali ni entry ttg amalan mencuci kencing dgn cara yg betul. Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.


   Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.


Jangan kencing berdiri!
Jangan kencing berdiri!

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.


Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita itu.
Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.

Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.Jangan ambil ringan akan perihal pencucian sebgini kerana pencucian yg betul boleh memberi manfaat yang amat besar..Wallahualam..:)

sumber:-Dr. Masitah Adam, Fakulti Perubatan Islam