Wednesday 8 January 2014

Istikharah Cinta - part 2

Di sepanjang perjalanan,banyak kisah semasa study di matrik yg diceritakan...entah kenapa kami tidak pernah pun berjumpa semasa di matrik dahulu..belum diizin Allah SWT kot..aku sendiri agak malu malu sebenarnya walaupun kelihatan tenang manakala dia pula agak bersahaja..Ah, memang bijak dia menyembunyikan perasaannya..
Sepanjang malam itu,aku akui merasa selesa dengannya. Tutur katanya terjaga,sangat tertib sekali. Aku rasa cukup dihormati..Apabila kami bercakap dia menundukkan pandangannya..seolah olah mencari sesuatu di bawah meja. kadang aku tersenyum sendirian mengenangkan tingkahnya. Makcik makcik kami buat buat tidak nampak seolah olah memberikan ruang kepada kami untuk bersendirian. Kedua duanya kemudian meninggalkan kami seketika seolah olah memberi laluan kepada kami. aduh..nasib baik adiknya masih lagi duduk di situ..kalau tidak pasti amat janggal bagiku..Pertemuan kami malam itu berakhir apabila hujan turun semakin lebat. Dia kemudiannya menghantarku balik bersama makcikku..Alhamdulillah..lega rasanya bila dah balik..malam itu aku merasakan tidurku tersenyum.. sendirian..

Itu adalah di antara bermulanya bibit bibit cinta di antara kami..kuakan pintu hatiku semakin terbuka ...tapi perasaan takut itu masih ada..ku bingung..takut sejarah lama berulang..fobia itu masih ada..hanya satu ku mohon,andai dia orangnya,ku pinta dipermudahkan..Aamiin Ya Allah..

Sekembalinya aku ke Kuching, perasaan itu ku simpan jauh jauh di sudut hatiku..Aku meneruskan kehidupan harianku seperti biasa..menjaga makan minum ayahku,adik beradikku..akulah anak,akulah kakak,akulah mak,akulah penjaga..satu sahaja yang aku pegang,andai aku mahu redha Allah,aku mahu pilihan yg terbaik dariNya, aku perlu utamakan kepentingan keluargaku dahulu berbanding diriku sendiri..andai arwah ibu ada,pasti dia pun melakukan perkara yg sama..Al fatihah..Aku hanya mahu ahli keluargaku tidak merasa sedikitpun kekurangan walaupun kehilangan ibu masih jelas terasa..

Sehinggalah ke suatu saat si dia menghubungiku...ayat ayat disusunnya kemas..debar juga rasa hati ini..entah kenapa lain benar nadanya kali ini..Ya Allah..adakah ini waktunya..

"Aku sememangnya menyukaimu..
dan andai engkau merasakan yg sama, akanku pinta ayah dan ibuku untuk meminangmu..."

2 ayat yang membuat hati ini semakin tidak keruan..
serius,inikah waktunyaaa..?
inikah detiknya..mungkinkah doa ibuku dimakbulkan..?

lantas aku memberi jawapan,

Kau berikanlah aku sedikit masa..kerna bagiku ini semua adalah terlalu cepat..
Aku perlu restu ayahku,waliku..nanti akanku khabarkan semula padamu..

Sungguh aku kaget sebenarnya..tak sampai setengah tahun pun kami berkenalan..bersua muka hanya sekali 2 dan dia sudah berani meminangku..jujur dalam hati ini berbunga bunga sebenarnya,tapi apa apapun,banyak yg perlu aku fikirkan..perkahwinan bukanlah sesuatu yg boleh dipandang enteng..ia melibatkan penyatuan 2 hati,2 famili...

Dia setuju memberikan aku masa. Dia memberitahu dia ikhlas dan dia ingin menghalalkan hubungan kami..
sebagai seorang perempuan,siapa yg x tsentuh apabila seorang lelaki mengucapkn kata kata demikian..aku sendiri terharu tetapi segalanya perlu difikirkan sedalam dalamnya dahulu..

Sejak dari hari itu,aku selalu melakukan solat istikharah,memohon petunjukNya..kepadaNya sajalah tempatku mengadu..selagi belum ada apa apa petunjuk aku belum boleh membuat keputusan walaupun ayahku merestui. Ayahku memberi kebebasan kepadaku untuk membuat keputusan kerana ini melibatkan soal hidup. Ku tunggu,dan tggu akan sebarang petunjuk daripadaNya..tapi belum juga muncul...

Sehinggalah pada satu malam aku bermimpi..
tiada wajah sesiapa..
namun aku terdengar seseorang memanggil nama penuh si dia...beserta nama ayahnya sekali...
kemudian aku terjaga,dan azan Subuh berkumandang..
Allahuakbar...mungkinkah ini petunjukMu Ya Allah...
Aku terus mendapatkan hp ku dan membaca teks sms yg dihantar si dia semalam...
yg masih lgi belum berbalas..

Pada ketika itu,.aku yakin...
aku sudah tahu jawapanku..
Insha Allah..

Petang itu dia bertanyakan jawapanku..andai belum,dia tidak memaksa..
Aku menguatkan hatiku dan membalas pertanyaannya..
Insha Allah..aku bersetuju..kau hantarlah rombonganmu...semoga urusan kita dipermudahkan...

Dia menyambut gembira jawapanku...lantas dia pun bercerita mengenai keputusannya sebelum melamarku..
"Sebenarnya aku sudah melakukan solat istikharah bermula dari minggu ibuku mula bercerita tentang dirimu...seminggu selepas ibumu pergi meninggalkan kita buat selama lamanya.."

Aku terdiam..
airmataku laju mengalir ke pipi..
Tidak pernah terlintas di hatiku, seorang lelaki akan bersolat istikharah atas keputusan utk mengahwiniku..
dalam tempoh seawal itu...
aku benar benar terharu sehingga aku sendiri tidak sedar berapa kali aku mengulang soalan yg sama kepadanya...
Seriuskah?benarkah?sejak dari hari itu?
ya Allah...Allahuakbar...
benar kata org, perancangan Allah memang indah..sungguh x tjangkau dek akal fikiranku...
sungguh aku rasa seakan tidak layak..memperoleh jodoh dengan cara begini..
Istikharah dia...Istikharah aku...
dan akhirnya Allah memberi petunjuk kepada kedua dua kami...melalui,istikharah cinta..

Alhamdulillah Ya Allah...
baru sahaja aku kehilangan insan yg paling aku sayangi,kau hadirkan seorang lagi insan untuk menyayangiku...
ya Allah...Kau yg Maha Kuasa...Maha Mengetahui segala galanya...
Kau hadirkan lelaki yg sangat baik untukku, di ketika aku memerlukan teman untukku berkongsi susah senang hidup.. sungguhpun aku ini banyak melakukan dosa di muka bumi Mu ini Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah...terima kasih atas takdir ini...Alhamdulillah....

Mac 2013, ibu bapanya ke Kuching untuk merisikku..
Aku tiada di rumah atas urusan kerja pada ketika itu,manakala si dia masih berada di Miri bekerja..
Segala perbincangan dilakukan di rumah dan aku hanya menunggu berita dari abang dan kakak iparku..
Segalanya diatur dan kami ditunangkan pada tanggal 2 Jun 2013..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..terima kasih kepada saudara maraku yg banyak membantu dalam segala persiapan..
hantaran2 ku banyak disiapkan oleh ibu ibu saudaraku,
terima kasih bibik, mak uda,cik,yak,mok dan semua adik beradik ipar biras bapaku atas segala persiapan dan semua pertolongan...aku amat menghargainya...hanya Allah yg mampu membalasnya..

terima kasih juga pada keluarga si dia kerana sudi menerimaku sebagai sebahagian dari keluarga..terima kasih kepada yang sudi datang di majlis pertunangan kami...yg mndoakan kami...terima kasih...
ini sebahagian daripada gambar semasa majlis pertunangan ku...credits kepada semua jurugambar...




 



































Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini...
next entry insha Allah aku akan kongsikan cerita majlis perkahwinan aku pula..
lebih meriah dan lebih banyak gambar kot...
k bye semua...jaga diri!
assalamualaikum....have a nice day...^^