Thursday 8 January 2015

Bagaimana saya dapat tahu saya mengandung?





Assalamualaikum pembaca pmbaca yg diredhai dan dirahmati Allah SWT.Genap 8 bulan saya mninggalkan blog ini tidak berupdate,tidak pghuni. Dan alhamdulillah..genap 8 bulan jugalah saya sudah membawa khalifah kecil kurniaan Allah di dlm rahim ini.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Saya amat bsyukur kerana saya adalah di antara wanita2 yg btuah diberikan Allah peluang untuk hamil pada usia perkahwinan seawal 5 bulan. Sekali lagi syukur ke hadrat Allah atas kmurahanNya.
Bercerita ttg kisah kurniaan indah ciotaan Allah ini,saya masih ingat lagi. Tanggal 1 Jun 2014 yg lalu,saya yg di ketika itu berada di Kuching ,di rumah ayah saya telah membeli upt iaitu sejenis alat yg boleh mengesan hormon dlm bdan wanita yg menandakan wanita tsebut hamil. Sudah byk kali juga sbnarnya saya mndapat hasil yg mndukacitakan,namun saya masih blum bputus asa kerana rezeki Allah kita xkan tahu bila smpai masanya.Husnuzon,slalu pujuk si suami. Itulh yg sllu sy pegang,dan ptg itu,nyata ujian upt tsebut juga turut mngecewakan.tapi entah mngapa kali ini,sedihnya x sperti mana bulan sebelumnya.mungkin juga kerana sudah tbiasa atau sudah mnjangkakannya. Lebihan upt dsimpan rapi utk cubaan yg akan dtg.Sabar,bisik iman di dada.
Bbrapa hari kami di Kuching, kami pun kembali semula ke Sibu pada 3 jun. Perjalanan 7 jam mggunakan kereta sdikit mggusarkan hati. Hentakan di spjg pjalanan sdikt sbanyak merisaukan.kerap juga saya suarakan pd suami untuk mplahankan klajuan yg smemangnya sudah sdia plahan.usik saya,yang,hati2 yg.manalah tahu ada sbnarnya dia d dlam.suami hnya tsenyum dan mneruskn pjalanan.malas dia mnyambung usikan saya bimbang saya terus bharap. Ah.mmg dh bhrap pun.ehe. kami tiba di rumah pada sebelah mlmnya,alhamdulillah. Suami terlalu penat,laju sj dia ttdur. Saya yg brada d sebelah masih lgi tringat2kan hal kgagaln ujian upt smlm dan kdtgan bulan yg x timbul2.slagi belum muncul bulannya,slagi itu sy masih bharap.susahkan..kaum wanita mst fhm sgt kan prsaan sbgtu.huhu.
Esoknya spjg hari sy mnyibukkan diri d rumah,mlas hndak mmikirkan pkra2 lain. Tapi dlm masa yg sama,saya mmastikan diri tidak mlakukan kja yg tlalu berat sbb masih takut kalau2 mmg ada si kecik d dlm.
Tgok.kan masih bhrap lagi.hee.
Balik saja suami dari kerja,saya terus mnyambutnya,mnjamunya dgn makanan dan kmudian trus sy mmnta kbnarannya utj mbuat satu lagi upt test. Saya tahu suami sy x mahu sy tlalu bharap kerana takut sy sndiri yg kcewa. Nanti last2 dia juga yg kna jadi pemujuknya. To sy yakinkn dia saya x akan kcewa andai gagal lagi cuma skadar hndak mlegakan gusar di hati. Suami mbnarkan dan saya tnpa tragak2 lagi terus ke tandas. Buat beberpa saat yg ptama,hnya satu garis yg jelas klihatan. Ah,gagal lagi kot. Dan kmudian..nah..ttba ada satu garis lagi yg muncul tp agak smar2 hmpir x klihatan..x pnah saya buat upt sblum ini muncul garisan kdua.walau samar skalipun. Dgn tgn yg masih bgegar,saya kluar mndapatkn suami dan btnya pndapatnya. Dia yg masih bbual dgn ibunya d dlm telefon bingkas mnamatkan pbualan setelah mlihat upt d tgn saya.maafkan kami ya mak. Tlampau excited.ehe.dibeleknya sgguh2 upt tsebut dan bkata,mmg ada ni yang..mmg ada..ada garis 2 yang..ada 2.sblum ini terang jelas hanya 1. Saya hnya dpt senyum sgirang2nya d ketika itu wlaupun blum bnar2 pasti. Si suami yg hndak ke kedai utk mbeli upt jnis digital pula utk lbih kpastian pantas dtegah.xpalah syg.esok sj ya. Hari pun dh lewat. Suami bstuju dan kami bdua sma2 bdebar mnggu hari esok mnjelma..
Keesokan harinya selesai saja solat Jumaat suami saya terus singgah skjap ke rumah utk serahkn upt digital utk saya check.sempat jugak tapaukan ayam marry brown skali.hehe.thanks syg. Lepas makan baru buat test. Pegi masuk tandas senyap2,dah tu tadahkan air kencing dan tunggu..tunguu dan tunggu..lama jugalah kalo guna jnis digital ni. Dlm masa 3 minit macam tu, tetiba appear satu tulisan yg betul2 buat saya tkejut beruk.
"PREGNANT"..
Kerana tlalu gembira hampir nk tjerit jugalah dalam toilet tu. Seakan tidak pcya,saya bkali2 mggosok mata dan akhirnya tertulis "Pregnant 2,3 weeks".
Detail jugak upt jnis ni ye.siap bagi tahu tempoh lagi. Saya tnpa blengah terus kluar mndapatkan suami dan mnunjukkannya hasil test tsebut.suami mngucap syukut dan lantas memeluk saya. Mnitis juga airmata ksyukuran saya pada tghari tsebut.yg dtggu muncul tiba.ini semua rezeki dari ALLAH taala.Syukur dberi nikmat seawal ini.Alhamdulillah.alhamdulillah..





berita baik ini terus saya sampaikn kpada kakak ipar saya dan kawan baik sy yg berada d kuching. Kakak ipar sy turut mlahirkn rs gembiranya dan kami berbual agak lama juga d telefon,bkongsi cerita masing2. Apa yg kami kongsikan?hanya kami bdua yg tahu.hihi..
Begitulh sdikit sbyak kisah bagaimana saya mula dapat tahu yg saya telah mengandung..suatu berita yg sangat dinanti2kan oleh mana2 suami isteri yg telah bkahwin..alhamdulillah kami tidak mnunggu begitu lama..semuanya kuasa dan rezeki ALLAH..alhamdulillah...terima kasih juga atas doa semua mereka yg telah mndoakan kami.. tq...^^

Tuesday 1 April 2014

Doa yg patut kita diamalkan untuk memohon zuriat



Doa adalah salah satu senjata yang agung yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman sebagai suatu bentuk penghubung dirinya kepada Allah s.w.t.. Melalui doa, Allah s.w.t. memberi peluang kepada kita untuk memohon sesuatu yang diperlukan dan diingini. Malalui doa jugalah Allah akan membantu kita dengan mengabulkan (memperkenankan) apa yang diingini oleh hati-hati kita. Allah s.w.t. berfirman:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (al-Baqarah, 2: 186)
Melalui al-Qur’an sendiri, terdapat banyak kisah-kisah dan doa-doa yang boleh menjadi contoh kepada para keluarga, pasangan suami isteri, dan mereka yang berkaitan, tentang kehebatan doa agar dikurniakan cahaya mata serta meraih kurniaan anak yang sholeh.
Sebagai contoh, di sini ada dua kisah dan doa yang berkaitan;
1 – Doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam (a.s.),
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.” (al-Baqarah, 2: 126-128)
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” …. “Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.” (Ibrahim, 14: 35 & 39)
2 – Doa Nabi Zakaria ‘alahis salam;
Di sanalah Zakariya berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): “Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh.” (Ali Imran, 3: 38-39)
Isteri Nabi Zakariya adalah seorang yang mandul dan dia sendiri adalah seorang yang sangat tua, namun dengan kuasa dan izin dari Allah, doanya telah diperkenankan. Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di, “Kedua hal itu (tua dan mandul) merupakan penghalang, namun Allah berfirman (maksudnya) “Demikianlah, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Bahawasanya sebagaimana telah berlaku hikmah-Nya dengan berjalannya segala sesuatu itu menurut sebab-sebabnya yang wajar, maka Allah juga berkuasa merubah hukum alam tersebut menurut kekuasaan dan apa yang dikehendaki-Nya.” (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 490)

Sumber: Ust Nawari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ dan Al-Fikrah.net.

Saya sekarang pun sedang mencuba (TTC) tapi belum rezeki kot...:)
Insha allah,saya percaya dengan rezeki Allah kerana saya yakin Dialah sebaik baik Penolong.         Dialah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...wahai wanita2 dan bakal2 ibu di luar sana, jgn terlampau stress dan tertekan,tapi dlm masa yg sama jgnlah pernah putus asa dengan rahmat Allah ya..!
Husnuzon atas segala kejadian..Insha allah akan manis akhirnya...:)

Wednesday 19 March 2014

Sekitar Majlis Akad Nikah & Majlis Persandingan kami..7-8 Disember 2013 ~ Kuching, Sarawak

assalamualaikumm....(sila jawab salam dahulu.hehe)

lamanya rasa tak update blog..sibuk ke sana sini..dengan keluarga...dengan kerja...traveling lagi..fuhh...ahernya ada juga masa utkku mencoret sebait dua...ehem..

alhamdulillah setelah berkahwin aku rasa amat bahagia..rezekiku di murahkan...fikiranku lebih tenang..sbb tak perlu nak fikir lagi pasal persiapan kahwin untuk sebelah keluarga perempuan, yg sememangnya memenatkan..huhu..lebih lebih lagi kebanyakan persiapan dilakukan oleh aku sendiri termasuk mcari bridal,pelamin, kad kahwin dan terutama dari segi pakaian untuk akad nikah dan kahwin..aku DIY sendiri veil dan kurung nikahku..baju melayu moden akad nikah suamiku pula aku hantar ke tailor Formula One di Kuching Central untuk disiapkan..Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..

Untuk majlis persandingan di Kuching, aku menggunakan khidmat Damai Weddingdeco untuk hiasan pelamin...berkonsepkan a bit like Romantic English Garden...
alhamdulillah everthing turns out well..Pelaminnya seperti yg aku idamkan..warnanya..juga hiasannya...aku lebih suka menggunakan simplicity but still ada elemen romantic bunga bunga cinta.. ehhe...warna warna pastel menjadi keutamaan ku...servis mereka juga sgt tiptop dan layanan yg sangat mesra..
Highly recommended for those yg berada di Kuching,Sarawak...
Thanks once again Damai Weddingdeco..Aniep & the Crews..thanks for making my wedding day like dream come true...Alhamdulillah...

Untuk andaman pula aku menggunakan khidmat Subree Rias Pengantin...makeup mmg sangat awesome dan aku sangat berpuas hati..dress2 nya juga sangat cantik dan terdapat pilihan untuk yang menutup aurat...sangat mudah berunding dengan mereka dan not forgetting,they are funny too...siap ada kucing2 yg baka dari luar negara ,semua gemok2 dan sihat di kedai mereka..
Bridal ni punn,highly recommended jugak..for those yg berada di Kuching dan sekitarnya...
thanks for making me and hubby look like king & queen that 2 days guys ! thanks a lot!

Here are some photos yg sempat diambik oleh adik saya semasa akadnikah & majlis persandingan during those 2 days ,7 & 8hb December 2013...enjoice uols!



Kad Kahwin kami..
gambar tu masa pre wedding Islamik..





Pose sebelum majlis akadnikah..




Pose lagi..ngee~



konon2 mcm mahligai cinta laa..pegang hp bagaii..kuikui

Pelamin anganku jadi nyata.ehek




from tepi,bawah..


Nevesnya muka kami..kihkih



Upacara membatalkan air sembahyang..abaikan kusyen2 itu yer..hihi
\

ciuman pertama seorang suami..okey..time ni mmg aku malu sangat.~blushin

sujud syukur..alhamdulillah

Pose selepas bgelar suami isteri..ada gaya nak jd cover majalah pengantin kan?ehe

with my friends..syukran sangat2 sbb sudi dtg..



Haa..ni masa bersanding..Royal Purple tema kami..


bff ku,Anne dtg jauh dari JB bersama hubby nyer..tengss syg~


Mekap akadnikah.
Mekap majlis bersanding.




ok.main tarik2 dress ni ape kess?ekeke


Photoshoot di luar..outdoor katenye..

adik saya yg metal x hengat mrangkap jurukamera x rasmi.
..tengss cyg for ol these photos..


ok...setakat tu je entry kahwin ni...terima kaseh pd yg sudi mbaca...n kesemua saudara mara yg byk mbantu mnjayakan majlis kami,jutaan terima kasih kami ucapkan...segala penat lelah anda hanya Allah yg mampu mbalasnya..
Saya akui saya amat bahagia skrg..Alhamdulillah ,sangat2 bsyukur pada Ilahi,dan thanks atas doa kalian...smoga korang pun beroleh bahagia yg korg idamkan jugak k?Saya doakan dari jauh...Insha Allah Aamiin..
Tak lupa pada semua,doakan kami yer...tgh trying to conceive nih...tunggu berita baik dari kami yaaa...
Till then! Assalamualaikum ~

Wednesday 8 January 2014

Istikharah Cinta - part 2

Di sepanjang perjalanan,banyak kisah semasa study di matrik yg diceritakan...entah kenapa kami tidak pernah pun berjumpa semasa di matrik dahulu..belum diizin Allah SWT kot..aku sendiri agak malu malu sebenarnya walaupun kelihatan tenang manakala dia pula agak bersahaja..Ah, memang bijak dia menyembunyikan perasaannya..
Sepanjang malam itu,aku akui merasa selesa dengannya. Tutur katanya terjaga,sangat tertib sekali. Aku rasa cukup dihormati..Apabila kami bercakap dia menundukkan pandangannya..seolah olah mencari sesuatu di bawah meja. kadang aku tersenyum sendirian mengenangkan tingkahnya. Makcik makcik kami buat buat tidak nampak seolah olah memberikan ruang kepada kami untuk bersendirian. Kedua duanya kemudian meninggalkan kami seketika seolah olah memberi laluan kepada kami. aduh..nasib baik adiknya masih lagi duduk di situ..kalau tidak pasti amat janggal bagiku..Pertemuan kami malam itu berakhir apabila hujan turun semakin lebat. Dia kemudiannya menghantarku balik bersama makcikku..Alhamdulillah..lega rasanya bila dah balik..malam itu aku merasakan tidurku tersenyum.. sendirian..

Itu adalah di antara bermulanya bibit bibit cinta di antara kami..kuakan pintu hatiku semakin terbuka ...tapi perasaan takut itu masih ada..ku bingung..takut sejarah lama berulang..fobia itu masih ada..hanya satu ku mohon,andai dia orangnya,ku pinta dipermudahkan..Aamiin Ya Allah..

Sekembalinya aku ke Kuching, perasaan itu ku simpan jauh jauh di sudut hatiku..Aku meneruskan kehidupan harianku seperti biasa..menjaga makan minum ayahku,adik beradikku..akulah anak,akulah kakak,akulah mak,akulah penjaga..satu sahaja yang aku pegang,andai aku mahu redha Allah,aku mahu pilihan yg terbaik dariNya, aku perlu utamakan kepentingan keluargaku dahulu berbanding diriku sendiri..andai arwah ibu ada,pasti dia pun melakukan perkara yg sama..Al fatihah..Aku hanya mahu ahli keluargaku tidak merasa sedikitpun kekurangan walaupun kehilangan ibu masih jelas terasa..

Sehinggalah ke suatu saat si dia menghubungiku...ayat ayat disusunnya kemas..debar juga rasa hati ini..entah kenapa lain benar nadanya kali ini..Ya Allah..adakah ini waktunya..

"Aku sememangnya menyukaimu..
dan andai engkau merasakan yg sama, akanku pinta ayah dan ibuku untuk meminangmu..."

2 ayat yang membuat hati ini semakin tidak keruan..
serius,inikah waktunyaaa..?
inikah detiknya..mungkinkah doa ibuku dimakbulkan..?

lantas aku memberi jawapan,

Kau berikanlah aku sedikit masa..kerna bagiku ini semua adalah terlalu cepat..
Aku perlu restu ayahku,waliku..nanti akanku khabarkan semula padamu..

Sungguh aku kaget sebenarnya..tak sampai setengah tahun pun kami berkenalan..bersua muka hanya sekali 2 dan dia sudah berani meminangku..jujur dalam hati ini berbunga bunga sebenarnya,tapi apa apapun,banyak yg perlu aku fikirkan..perkahwinan bukanlah sesuatu yg boleh dipandang enteng..ia melibatkan penyatuan 2 hati,2 famili...

Dia setuju memberikan aku masa. Dia memberitahu dia ikhlas dan dia ingin menghalalkan hubungan kami..
sebagai seorang perempuan,siapa yg x tsentuh apabila seorang lelaki mengucapkn kata kata demikian..aku sendiri terharu tetapi segalanya perlu difikirkan sedalam dalamnya dahulu..

Sejak dari hari itu,aku selalu melakukan solat istikharah,memohon petunjukNya..kepadaNya sajalah tempatku mengadu..selagi belum ada apa apa petunjuk aku belum boleh membuat keputusan walaupun ayahku merestui. Ayahku memberi kebebasan kepadaku untuk membuat keputusan kerana ini melibatkan soal hidup. Ku tunggu,dan tggu akan sebarang petunjuk daripadaNya..tapi belum juga muncul...

Sehinggalah pada satu malam aku bermimpi..
tiada wajah sesiapa..
namun aku terdengar seseorang memanggil nama penuh si dia...beserta nama ayahnya sekali...
kemudian aku terjaga,dan azan Subuh berkumandang..
Allahuakbar...mungkinkah ini petunjukMu Ya Allah...
Aku terus mendapatkan hp ku dan membaca teks sms yg dihantar si dia semalam...
yg masih lgi belum berbalas..

Pada ketika itu,.aku yakin...
aku sudah tahu jawapanku..
Insha Allah..

Petang itu dia bertanyakan jawapanku..andai belum,dia tidak memaksa..
Aku menguatkan hatiku dan membalas pertanyaannya..
Insha Allah..aku bersetuju..kau hantarlah rombonganmu...semoga urusan kita dipermudahkan...

Dia menyambut gembira jawapanku...lantas dia pun bercerita mengenai keputusannya sebelum melamarku..
"Sebenarnya aku sudah melakukan solat istikharah bermula dari minggu ibuku mula bercerita tentang dirimu...seminggu selepas ibumu pergi meninggalkan kita buat selama lamanya.."

Aku terdiam..
airmataku laju mengalir ke pipi..
Tidak pernah terlintas di hatiku, seorang lelaki akan bersolat istikharah atas keputusan utk mengahwiniku..
dalam tempoh seawal itu...
aku benar benar terharu sehingga aku sendiri tidak sedar berapa kali aku mengulang soalan yg sama kepadanya...
Seriuskah?benarkah?sejak dari hari itu?
ya Allah...Allahuakbar...
benar kata org, perancangan Allah memang indah..sungguh x tjangkau dek akal fikiranku...
sungguh aku rasa seakan tidak layak..memperoleh jodoh dengan cara begini..
Istikharah dia...Istikharah aku...
dan akhirnya Allah memberi petunjuk kepada kedua dua kami...melalui,istikharah cinta..

Alhamdulillah Ya Allah...
baru sahaja aku kehilangan insan yg paling aku sayangi,kau hadirkan seorang lagi insan untuk menyayangiku...
ya Allah...Kau yg Maha Kuasa...Maha Mengetahui segala galanya...
Kau hadirkan lelaki yg sangat baik untukku, di ketika aku memerlukan teman untukku berkongsi susah senang hidup.. sungguhpun aku ini banyak melakukan dosa di muka bumi Mu ini Ya Allah...
Terima kasih Ya Allah...terima kasih atas takdir ini...Alhamdulillah....

Mac 2013, ibu bapanya ke Kuching untuk merisikku..
Aku tiada di rumah atas urusan kerja pada ketika itu,manakala si dia masih berada di Miri bekerja..
Segala perbincangan dilakukan di rumah dan aku hanya menunggu berita dari abang dan kakak iparku..
Segalanya diatur dan kami ditunangkan pada tanggal 2 Jun 2013..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..terima kasih kepada saudara maraku yg banyak membantu dalam segala persiapan..
hantaran2 ku banyak disiapkan oleh ibu ibu saudaraku,
terima kasih bibik, mak uda,cik,yak,mok dan semua adik beradik ipar biras bapaku atas segala persiapan dan semua pertolongan...aku amat menghargainya...hanya Allah yg mampu membalasnya..

terima kasih juga pada keluarga si dia kerana sudi menerimaku sebagai sebahagian dari keluarga..terima kasih kepada yang sudi datang di majlis pertunangan kami...yg mndoakan kami...terima kasih...
ini sebahagian daripada gambar semasa majlis pertunangan ku...credits kepada semua jurugambar...




 



































Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini...
next entry insha Allah aku akan kongsikan cerita majlis perkahwinan aku pula..
lebih meriah dan lebih banyak gambar kot...
k bye semua...jaga diri!
assalamualaikum....have a nice day...^^


Monday 25 November 2013

Dengan izin Allah, dia hadir jua..

Assalamualaikum...lama rasanya tidak menjengah blog..semuanya atas faktor ksibukan yg tak henti henti mlanda..terlalu byk yg ingin dikongsikan.Tapi kekangan masa yg membataskn aku..entah dari mana hendak aku mulakan..
Biarlah aku mula bercerita dari benda yg paling memberi impak kepadaku..

************************
Seminggu ibu meninggalkan kami sekeluarga , aku masih belum dapat menerima kenyataan..aku kerap tmenung..mengesali..panggilan dan sms dari kwn2 kurg ku balas...kdg2 langsung tidak..bukan apa...aku perlukn ketenangan..
Ada yg mendekati..tidakku nafikan..terima kasih atas keikhlasan kamu semua.
bukan aku tidak mahu berkawan,.
Cuma aku memerlukan ruang utk diriku sendiri..to heal..and it is not easy..

Sehinggalah seseorang mendekatiku..
pada mulanya aku merasakan tidak mengenalinya..sejujurnya memori ku bukanlah baik sangat. Aku mudah lupa org2 yg aku kenali dlm ms yg singkat. Tapi setelah dia mperkenalkan dirinya,menerangkn seelok eloknya barulah aku ingat..rupanya kami pernah berjumpa dan bertegur sapa sebelum ini...
Pertemuan pertama kami adalah pada tahun 2008 kalau tak silap, semasa dia berkunjung ke rumahku di Kuching. Dia dan keluarganya ke Kuching adalah atas tujuan rawatan perubatan. Ibunya mempunyai hubungan persaudaraan yg jauh dengan arwah ibuku..membesar di kampung yg sama..Kpg Tian Matu..
ibu ibu kami sememangnya sudah rapat dari kecil lagi..sehinggalah dewasa..tapi entah knapa kami pula yg tidak rapat...

Berbalik kpd si dia, seingat aku kami tidaklah berborak mesra tapi aku kagum,di ingatannya masih segar lagi rupa wajahku serta pakaian yg aku pakai pada hari tersebut...dari hujg rmbut hingga hujg kaki..Tidaklah aku menyangka rupa rupanya pertemuan singkat itu membuahkan rasa suka dlm hatinya..tapi katanya dia hanya melupakan saja perasaan itu kerana pada waktu itu dia menjangka aku sudah berpunya kerana 24 jam tak berenggang dengan handphone. Ya, sememangnya pd ketika itu aku menyerahkan sebulatnya hatiku pada org lain..org lain yg ku sangka bakal menjadi temanku skrg..tapi takdir Tuhan mengatasi apa yg pd mulanya aku harapkan..

Bilaku imbas semula, 2 minggu sebelum arwah ibu pergi..pernah ibuku berkata semasa kami duduk di meja makan.."Nak,kalaulah kau jadi dengan si Shamsul tu kan best..senang hati mak.." 
Aku yg pada ketika itu tidak berapa mengenali Shamsul hanya tersenyum dan berkata,
"Awal sangatlah mak..Entah serasi ke tidak..dahla x kenal sangat.."
Itu yang ku jawab padanya..

Dan sgguh aku tidak menyangka rupa rupanya itu antara tanda tanda ibu akan pergi meninggalkanku buat selama lamanya..dia sempat berpesan..dan nah..kini lelaki yg disebut sebut itu hadir..dengan izin Allah...
Pada masa itu aku terfikir, "Why dont I give it a try..manalah tahu jodoh dari Allah untukku...Tambahan pula,dia pilihan arwah ibu.. dan pilihan orgtua insha Allah yg terbaik...dan sejak itu aku mula perlahan lahan cuba mengenalinya..mengenal peribadinya satu persatu...

Segala galanya hanya menerusi telefon. Thanks to technology..Whatapps dan panggilan telefonlah lah yg mendekatkan kami..dia tahu aku sedang bertarung dgn emosiku sendiri..kerapkali topik kami adalah berkaitan arwah ibu..dan istimewanya,dia sedikit pun tidak pernah bosan..apatah lagi utk menukar topik..walaupun seolah semuanya adalah mengenai aku..aku sendiri sedar aku kurang menanyakan ttg dirinya..mcm pentingkan diri sendri kan?ya,itulah hakikatnya pada masa itu..kebanyakan lelaki sebelum ini yg cuba mendekatiku.. lebih gemar bcerita ttg diri masing2 ...dan .mungkin lumrahku seorg wanita..mahu perhatian lebih..namun dia sgguh berlainan..aku akui mula berasa senang dengannya..

Ya Allah,andai jodohku Kau permudahkanlah ...Aamiin..

Terkadang2 aku uji juga dirinya..dari segi egonya..tahap ksabarannya..dan sungguh dia amat luarbiasa..
Amat amat luarbiasa..pintu hatiku yg terkunci rapat selama 3 tahun seolah olah tbuka sedikit demi sedikit
dgn relanya..kesedihan ku khilangan ibu terubat sedikit demi sedikit dgn kata kata nasihat dan motivasi darinya..aku tahu dia ikhlas..bukan semata mata kerana dia ingin mengambil hatiku,tapi kerana dia juga pernah mengalami keadaan yg sama semasa kehilangan adiknya...maksudku..arwah adiknya..Al Fatihah..

Keikhlasan dan kesabarannya paling aku kagumi..hati wanita manalah yg tidak terusik ,tatkala ada yg mengambil berat ttgnya lebih2 lagi di kala diberikan ujian berat oleh Allah..dia tidak berlebih lebih dalam mendekatiku..aku rasa cukup dhormati sbagai seorang perempuan..dari segi tutur katanya tidak pernah mengguris hati malahan lebih menguatkan aku dalam menempuh hari hari mendatang..Alhamdulillah..nampak benar dia dididik dan dibesarkan oleh seorang wanita yang hebat...
seperkara yg membuat dia amat berlainan sekali dgn lelaki lain yg aku kenali adalah kerana dia amat menjaga solatnya..kerapkali dia mengajakku solat apabila masuk waktu..

Dan andai dia tidak pernah melupakan Tuhannya, meletakkanNya di tingkat teratas.. nah..bayangkan sajalah bagaimana dia melayan ahli keluarganya...terlintas di hatiku seketika, mungkinkah dia adalah kurniaan yg diberikan oleh Allah setelah Dia mengambil arwah ibu dari hidupku..

Perasaan itu kuakui ada, namun ku simpan kemas kmas di dalam lubuk hatiku ini. Manalah tahu dia sekadar berbuat baik kerana ibu bapa kami saling mengenali..kadang kadang masalah wanita paling besar adalah merasakan seorg lelaki menyukainya sekiranya dia melihat lelaki itu mengambil berat ttg dirinya..perlu diingat, mungkin lelaki tersebut sememangnya dibesarkan dan dididik dari kecil untuk menghormati dan melayan wanita sebaiknya..

Semua ttg dia ku ceritakan pada kakak iparku, kakjue.dia salah seorg dari senarai wanita yg aku kagumi selain arwah ibuku..dan sedikit sebanyak perangainya seperti perangai arwah ibu..terutama dari segi kesabaran dan ketulusan hatinya ..sebab itu aku senang bcerita dgnnya..kakjue mnasihatkan aku agar berkawan dahulu dan tidak terburu buru wlaupun dia turut merasakan lelaki itu seorg lelaki yg baek..ini kerana kakjue juga tahu sejarah kisah laluku...Juga bersama lelaki yg sgt baik,tetapi akhirnya lelaki itu jugalah yg melukai hatiku..jadi dia tidak mahu kisah itu berulang lagi,lebih lebih lagi dlm keadaan aku sekarang..
Aku ambil nasihatnya, dan meletakkan jarak dlm hubungan kami..biarlah berlandaskan kawan semata..andai ada jodoh,aku mohon dipermudahkan..
Sehinggalah pada cuti tahun baru cina..aku mmutuskan untk mlawat nenek dan datuk  sebelah arwah ibuku di kpg Tian Matu. Pada aku sekurg2nya mungkin trubat rinduku pada arwah ibu,dan pd ms yg sama nenek dan datuk boleh melpaskan rindunya thadap arwah ibu,padaku..dan tanpaku tahu,rupanya si dia turut balik kampung untuk bjumpa keluarganya..entah mengapa hatiku bdebar..nanti kalau dh jumpa,nak cakap apa?ku pujuk hati, takkanlah berjumpa..janganlah jumpa..aduh..malulah..
Dan benda yg aku paling takut jadi juga..Dia mengajakku berjumpa sambil minum2 di Open Air Daro..aku terkesima. Nak pergi ke tidak..takkanlah nak tolak, nmpak sgt menyimpan perasaan..tapi kalau jumpa nak cakap pasal apa..dlm fon lainlah..aduuh..kbetulan pada hari itu aku menemani makcik2 ku ke Mukah..jadi aku tidak memberikan apa2 keputusan yg pasti pd si dia..

Ptg itu ,aku dan makcik2ku balik pada waktu hampir Maghrib. Dan satu kampung blackout...tak ada elektrik..dan ini menguatkan lagi sebab untuk tidak bertemu. Aku sedikit lega dan mengandaikan plan kami tidak menjadi..namun harapan hanya tggal harapan..elektrik menghadirkan diri setelah solat Magrib..dengan izin Allah juga...dan dia masih juga berharap dapat bertemu kerana dia akan balik semula ke Miri pada esok harinya..lupa pula aku nak beritahu,,dia sekarang bekerja sebagai jurutera di Miri..jauh dari keluarganya..

Aku pun bersiap dan membawa salah seorg dari makcikku utk menemani..di dalam hatiku jangan berdua..nanti ada pulak org ketiga,yakni syaitan.. kan? Sejujurnya pada saat pertama bertentang mata di rumah neneknya itu aku sangat bdebar dan jarang2 sekali aku mnatap matanya..aku buat2 tgok kiri dan knan..entah apa yg aku perhatikan..
Dia?
Dia amat bersahaja..berbaju tshirt,bseluar dan berkopiah..
dan aku?mcm org nak pegi KL!..Ahai..

Semasa hendak brgkat pergi,sesuatu yg aku tidak sangka tjadi.. Aku ingat aku seorg saja yg fikir sdemikian,rupa rupanya dia pun sama. Lagi dasyat kot.
Rupa rupanya kedua dua kami tak mahu berdua duaan..
Dia turut membawa seorg makciknya dan, seorang adik lelaki nya yg tsangatlah comel iaitu Syaraf,
untuk turut minum bersama.. Aku ingat aku sensitif,dia lagilah sensitif dan peka..

Alhamdulillah..first pertemuan bawak perisai masing2..
Nak tahu apa yg tjadi disana dan sepanjg pjalanan..aduii..Banyak alkisahnya..
Unpredictable things happened...tapi nantilah ku ceritakan lagi....penat menaip..hehe
Assalamualaikum semua...semoga hari hari anda sentiasa dirahmati Allah dan diberkatiNya...Aamiin...




Thursday 27 December 2012

Detik detik terakhir arwah Ibu - Part 2



Coretan semalam ku sambung semula..Terima kasih kpada yg sudi mbaca,sudi memberi feedback,,aku amat mghargainya..

********

Setelah Subuh pagi Sabtu itu, bapa dan ibuku berangkat dari rumah ke Labuan utk mnjemput adik bongsuku, Harun balik ke Kuching. Mereka hanya menggunakan jalan darat kerana keluarga kami tidaklah sesenang mana untuk menggunakn kapal terbang
.
Ibu mengetuk pintuku pada pagi itu dan aku bingkas bangun. Ku kuakkan pintu dan  melihat ibu di luar. Ku peluk erat ibuku seakan akan tidak mahu mlepaskannya pergi. Kemudian ibu meleraikan pelukan dan bergegas mmasuki kenderaan kerana bapaku telah menunggu. Sesuatu yg aku langsung x jangka,ibu keluar semula mendapatkanku lantas memelukku semula! Aku yg kehairanan hanya membalas pelukannya dan sempat berpesan agar segera menelefonku sekiranya sudah sampai di sana. Ibu mengiyakan dan masuk semula ke dlm kereta. Aku pergi mendapatkan bapa dan berpesan agar bapaku tidak memandu terlalu laju dan bapaku hanya mengangguk. Deep inside,hatiku mula merasa tidak sedap, tapi tidak aku zahirkan.
Tidakku sangka,tidakku duga,itulah kali terakhir aku merasakan hangatnya pelukan ibu. Patutlah ibu sehingga berkali2 memelukku pada pagi tersebut..Dia sudah memberi tanda,namun aku langsung tidak menduga apa apa..Ya Allah..

Pada petang itu, ibu menelefonku memberitahu bhwa mereka sudah tiba di Miri. Sempat jua dia menunjuk2 padaku bahawa mereka bermalam di hotel yg agak ekslusif..Aku hanya ketawa dan mengusik ibuku.. lantas aku menasihatkn mereka agar makan dahulu kerana aku tahu mereka berdua pasti lapar,dan bapa pasti penat.Ibu hanya mengiyakan dan berjanji akan menelefon ku semula pada malam nanti.. Malangnya,walaupun berkali kali ibu menelefonku pd mlm itu,aku tidak menjawab telefon kerana terlalu letih dan tidur awal. Bygkanlah sahaja kekesalan ku pada hari itu!Kalaulah ku tahu ! Kasihan ibu! Ya Allah.

Keesokannya,barulah bapa dan ibu sampai ke Labuan. Tiada panggilan telefon pada pagi itu, tapi pada malamnya ibu sekali lagi menelefonku namu kerana kecuaian ku,skali lagi aku tidak sedar. Hp ku dibiarkan dalam mode silent dan semua panggilan ibu tidak berjawab.Inginku telefon semula namun tiada kredit..Sungguh aku kesal!Ya Allah...

Petang esoknya barulah aku dapat berbual bual dgn ibuku setelah ibu menelefonku semula dari terminal feri labuan..Kami sempat bergurau senda dan ibu sempat mengusikku bertanya bila gajiku akan keluar. Haha. Aku tahu ibu semmgnya tidak pernah mgharapkan duit drpada kami adik beradik,cuma dia gemar bnar menyakat. Dia juga meminta ku membawanya berjalan jalan shopping sekembalinya dia ke Kuching nanti.Sempat juga dia berkata bhwa dia telah mbelikan begitu byk coklat untuk kami dan beberapa perfumes untukku kerana dia tahu aku amat gilakan perfume,sepertimana bapa.. Oh,ibu..andai saja masa dapat ku putar kembali..Suara ibu amat ceria di hujg corong,rupa rupanya itulah kali terakhir aku dpt mndengar suara ibu . Kalaulah ku tahu,pasti akan ku teriakkan "Aku amat Sygkan Ibu" berkali2 padanya...Ya Allah...!

Pada  pagi 2 Oktober 2012 itu, mereka pun bertolak dari Miri menuju ke Kuching. Perjalanan berjalan dengan lancar pada mulanya namun jalanraya agak licin kerana hujan turun renyai renyai..Menurut bapaku,mereka sempat singgah di Bintangor kerana ibu mengadu sakit perut. Sungguh bapa tidak menyangka,itu jugalah antara tanda tanda saat ajal ibu sudah semakin mndekat..


Aku pula yg baru sahaja melunaskan solat Zohor di surau pejabat berasa mengantuk lantas aku pun tidur sekejap bagi mengembalikan tenaga. Jam 1.45 petang aku mendapat panggilan dari adik bongsuku, Harun memberitahu ku akan berita kecelakaan mereka di simpang Pais, bdekatan daerah Betong. Aku kurg jelas mendengar suaranya kerana esak tangisnya kedengaran lebih jelas. "Kak,kami accident kak..." masih jelas trngiang di telingaku..

Aku tersentak.
Aku terkelu.
Seketika nafasku terasa tersekat,jantungku seakan akan berhenti berdegup.
Ya Allah, adakah ini benar2 terjadi kpadaku???

"Aron,mak...mak macammana...mak ok?mak mcammana?? ucapku menahan esak tangis. Adikku hanya mampu menangis dan berkata kedua dua ibu bapaku sudah tidak sedarkan diri.

Ya Allah!Dugaan apakah ini???!!
"Kak,tlog bgtahu abg kak..bgitau pakcik makcik yg lain.." Aku tahu adikku sedang menahan kesakitan. Dia sempat memberitahu belakgnya sakit. Seolah olah dipusing kuat. Aku masih juga bertanya..Mak ron..mak mcamana?Ada suara mak kah??Tengokkan mak...Ya Allah..hatiku bagai direntap sahaja pada kala itu. Jujurku akui, aku langsung tidak bertanya keadaan bapa.Tidak bertanya keadaan adik. Yang ku tahu,ibu mesti dlm keadaan selamat..Sungguh aku hilang akal pada kala itu. Terus terusan syaitan menghasutku agar menyalahkan bapaku yg memandu terlalu laju. Ya,nyata aku pun terhasut. Ini semua salah bapa,bentakku bkali2.. Setelah telefon diletakkan,aku kaku tidak bergerak. Aku keseorangan di dlm surau. Aku memandang sekeliling...

Ya Allah,apa salah keluarga ku???mengapa kami yg kau pilih...Allahuakbar..Allahuakbar..
Lantas aku mengucap dan bergegas turun ke pejabatku dan meberitahu staff yang lain. Beberapa org staff brusaha menenangkan ku. Merekalah yg menghantarku ke rumah kerana aku mmg sudah tidak berupaya memandu dalam keadaan emosiku yg sebegitu. Sesampainya di rumah,ahli keluargaku yg lain sudah berkumpul dan aku hanya mnunggu abg sulungku pulg. Semasa ku menelefonnya tadi,abg hanya mampu beristighfar dan mnarik nafas panjang..Aku tahu abg juga cemas..Tak tentu arah..Aku cuba menghubungi adikku yg brada di maktab namun gagal. Tanpa dapat menunggu,aku,abg dan salah seorg pakcikku terus bertolak ke Kuching dan terus memecut ke Sri Aman. Kami diiringi kesemua adik bradik bapaku yg menggunakan kereta masing masing. 

Di sepanjang perjalanan,pelbagai andaian terlintas di fikiran. Adakah aku akan kehilangan ibu? Bagaimana pula bapaku?Adikku? Ya Allah..aku hanya mdiamkan diri di spjg pjalanan. Lalu, hpku bdering. Aku terasa amat lemah utk mnjawabnya tapi ku gagahkan jua. Bapa berada di hujung talian. Suara bapa amat lemah,dan timbul rasa kasihan wlaupun seblum ini aku seolah olah mnyalahkan bapaku atas apa yg blaku. Ya aku akui..Aku bertindak melulu, mengikut hati! Tapi aku hanya manusia biasa..Dikuasai emosi,dikuasai amarah..lantas bapa meminta kami terus pergi ke Sri Aman mengambil adik bongsuku yg hanya mengalami cedera ringan. Beberapa cebis kaca di tgn dan blkg badannya telah dikeluarkan. Bapaku pula masih di hospital menemani ibuku yg cedera parah dan tpaksa dihantar ke Hospital Betong. Dia mberitahuku ibu sudah dibius bagi mengurangkan kesakitannya,dan akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di Kuching. Mereka bakal bertolak setelah semua kelengkapan ambulans diatursedia.

Setelah mengambil adikku Harun, kami terus berpatah balik ke Kuching semula..Aku kasihan melihat abang yg memandu tanpa henti sedari tadi.  Lebih kurang jam 11 kami pun sampai di wad kecemasan Hosptal Umum Swk. Juga merupakan tempat kerja ibu. Lupa hendak ku beritahu,ibu merupakan seorg jururawat masyarakat yg btugas di Wad Ginekologi di HUS.

Sesampainya di sana, ku lihat saudara maraku sudah berkumpul. Airmataku tumpah lagi. Langkahku dirasakan amat longlai. Rasa seolah olah mahu saja ku rebah pada kala itu. AKu langsung tidak mempedulikan org sekeliling dan terduduk di kaki lima hospital. Perlahan sepupuku, Mass merapati aku dan cuba menenangkan ku. Dia memujukku dgn mngatakan Insyaallah ibu akan pulih semula. Sedikit sebanyak semangatku pulih,namun ketakutan khilangan ibu masih jelas mnguasaiku. Aku benar benar berharap agar ibu diberikan kesempatan kedua untk terus hidup. Aku sayang ibu Ya Allah...

Tidak lama kemudian,ambulans yg mbawa ibu dan bapaku pun sampai dan ibu terus dibawa masuk ke wad kecemasan. Adik beradikku yg lain semuanya telah masuk untuk melihat keadaan ibu,namun tidak bagiku. AKu masih di luar.Aku masih terlalu untk bdepan dgn ibu. Terlalu lemah utk berdepan dgn realiti dan hakikat. Aku meminta Mass mnemaniku ke surau kerana aku ingin menunaikan solat hajat,memohon agar ibu berjaya diselamatkan. Bapa tercari cari kelibatku dan menelefon memintaku agar menjenguk keadaan ibu di dalam wad. Aku bergegas turun setelah menunaikan solat, dan menemui ibu walaupun hakikatnya kaki ini masih belum mpunyai kekuatan utk mlangkah. Ku gagahkan diri,ku pulihkan semangat dan ku beristighfar byk2 sebelum masuk ke wad yg mnempatkan ibu. Perlahan kaki ku langkahkan dan nun di hujung sana ibu terlantar tidak sedarkan diri bersama dgn pelbagai tiub memasuki tubuh nya..

Astaghfirullahalazim....
Astaghfirullahalazim....
Allahuakbar...Allahuakbar...
Aku bagaikan terhentak seketika. Abg,adikku serta ayah berada di penjuru katil sambil mbacakn Yassin..dengan iringan airmata..Ku lihat adik adikkku sudah tersedu sedan melihat ibu.
Aku merapatkan diri melihat keadaan ibu. Ya ALLah...berikanlah aku kekuatan...penglihatan ku berpinar pinar dan dgn sisa kekuatan yg masih ada, aku membisikkan ke telinga ibu,

"Mak, ini saya mak.Anak mak. Satu satunya anak perempuan emak. Mak mesti bertahan mak..Jgn kalah mak.Kuatkn semangat mak, demi kami mak. Apalah saja yg kami mampu buat mak andai mak tiada.. Mak jgn tinggalkan kami mak...Mak....mak dengarkan..." 

Kata kataku mati disitu. Aku melihat keadaan sekeliling semakin gelap. Sedar sedar sahaja aku sudah brada di atas kerusi dikelilingi bapa dan mak Usu ku. "Tarik nafas dlm2 nak,tundukkan kepala...pucat muka tu..kata bapaku seraya cuba memulihkan ku.Rupa rupanya aku hampir pengsan dek kerana terlalu terkejut melihat keadaan ibu. Ya Allah..hati siapa tidak luluh melihat sekujur tubuh yg pernah melahirkan,memberi setiap titis susunya,bersabar dgn segala karenah baik burukku , terbujur kaku tidak bergerak dan hanya bgantung kpada mesin utk trus hidup. Benar benar di depan mataku. Bukan Mimpi,bukan drama tv, tapi kenyataan..Satu tamparan hebat bagiku. Seandainya aku mampu menggantikan tempatnya,biarlah aku sahaja yg sakit mak.biar aku saja yg tanggung, biar aku sahaja yg pergi mak..Ya ALLAH...!

Seketika kemudian para doktor mula masuk dan memeriksa keadaan selanjutnya. Aku hanya tergamam dan berlalu keluar sambil dipapah kakak iparku. Lemah tiada berdaya. Begitulah aku pada kala itu. Aku masih tidak dpt menerima knyataan. Aku benar2 bharap ini semua mimpi semata dan aku mahu lekas2 bangun dari tidur.Tapi inilah realitinya.Memang aku sedang diuji. Kami sekeluarga sdang diuji.Ujian yg amat berat ku rasakan. Pedih,perih dan tak tertanggung.

Ku melihat ke kiri dan kanan dan terus mendapatkan mak Usu ku,antara adik ibu yg sgt rapat dengannya. Pantang ada kursus di Kuching,pasti ibu membawanya keluar membeli belah bersama,dan aku tidak terkecuali. Mereka berdua sangat rapat. Ku lihat wajah sugul mak usu kembali.Mesti dia juga merasakn yg sama. Bagikan direntap saja nyawa pd waktu itu. Aku mendapatkannya, lantas memeluknya erat. Airmataku laju saja mengalir bagaikan paip air yg melimpah. Dia mengungkapkan kata kata sabar kepadaku,namun aku tahu dia juga merasa bagaikan tidak percaya atas apa yg berlaku. Semua kenangan ku bersama ibu bermain di mata, gelak tawa dan manjanya bersilih ganti. Aku yg paling rapat dengannya antara adik beradikku,aku yg seringkali menghabiskan masa bersamanya,membawanya ke sini sana,kemana saja tempat yg dia ingini. Tidak pernah sekalipun aku menghampakn kemahuannya kerana aku bpegang pada prinsip," Layanlah ibu bapa kamu umpama mereka akan meninggal pd esok hari." Sekurang kurangnya,kesalmu tidak akan bpanjangan seandainya berlaku apa apa ke atas mereka di keesokan hari. Kita manusia takkan pernah bersedia,xkan pernah tahu bila Izrail akan dtg memanggil...

Tangisku terhenti apabila bapa merapatiku dan memberitahu keadaan semasa ibu kepadaku. Denyut nadinya normal,keadaannya stabil dan hanya menunggu untk melakukan pmbedahan minor utk menyedut darahnya yg sudah mula memasuki kawasan paru parunya. Sekali lagi aku bagaikan dihempap batu.
Ya Allah,kesiannya ibu! Apa salah ibu,bentak hatiku berkali kali. Bagaikan hilang waras akal aku menagis semahu mahunya di luar wad kecemasan. Kakak iparku yg hanya berniat utk memberi makanan kpadaku yg sedari pagi blum mnjamah sebarg makanan,ditengkingku umpama kerasukan syaitan!Aku x mahu!!!!!Jeritku seperti org gila...Ya,aku bnar benar hilang pertimbangan hingga tak sedar apa yg aku lakukan. Aku hanya mahu ibu,hanya mahu ibu!Bapaku cuba menenangkanku namun aku masih begitu. Salah seorang pakcikku mendekatiku dan berkata,
'Kalau kau sedih,bapa kau lagi sedih. Dia yg lebih lama bersama ibu,dia yg lebih byk kenangan bsamanya,dia lebih sayangkannya drpda kau. Dan dia juga pasti merasa amat bersalah di atas segala yg blaku. Yang paling tertekan dlm hal ini adalah bapamu nak.."
Aku terdiam lagi. Ada benarnya kata kata itu. Ya Allah..apa yg telah aku lakukan..Astaghfirullah..jauhkanlah aku dari syaitan2 yg menghasutku ini Ya Allah..

Aku mnarik nafas dalam dalam.
Dan menghela pjg..Ku perhatikan adik adikku yg lain hanya duduk diam melayan prasaan sendiri..Entah apa yg bermain di benak masing2..Ku lihat bapa berjalan ulang alik,mungkin utk meredhakan perasaan nya yg bcampur baur.Ya Allah..ku lihat raut wajahnya yg luka luka kerana terkena serpihan kca..kesian bapa!
Airmataku tumpah lagi..lantasku sandarkan diri ke kerusi dan perlahan melelapkan mata sementara menunggu kputusan doktor...

Cukuplah dahulu sampai di sini..Insya Allah nanti akanku sambungkan lagi utk tatapan semua. Bengkak sudah mata ini menangis sedari tadi. Aku akui sepanjang aku menaip entry ini, tidak pernah sesaat pun airmata ini berhenti bgenang....

Ya Allah! Aku rindu ibu.....:,(
Al Fatihah utkmu, Allahyarhamah Hajijah Binti Mari...
Terima kasih atas kesudian membaca luahan ku ini.


*masih belum sempurna*


Kenangan bersama ibu , semasa bersolat jemaah di surau kampung.

Tuesday 25 December 2012

Detik detik terakhir arwah Ibu

Assalamualaikum..tujuanku menjengah blog pada hari ini adalah ingin berkongsi sebuah kisah.Kisah yg paling tragis dlm hidupku selama 24 tahun ini. Sebuah tragedi Oktober yg byk mngubah hidupku,diriku,keluargaku. Kami sekeluarga diuji Allah dgn begitu brat sekali pada awal Oktober yg lalu. Ibuku telah pergi meninggalkan kami  buat selama lamanya....

Kekuatan demi kekuatan ku kumpul untuk aku akhirnya berani meluahkan segala galanya di sini. Bukan Bukan mudah. Bukan niatku meraih simpati tetapi ini sajalah caranya aku meringankan rasa di dalam hati ini. Lama sudah niat ku tanamkan utk bkongsi,agar tidak ada lagi andaian andaian yg bukan bukan mengenai kisah pemergian arwah ibu. Ibu yg aku amat sayangi...


* * * * * * *


5 hari sebelum pemergian ibu, kami sekeluarga telah pergi ke majlis tahlil saudara di sebelah bapaku yg telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Petang itu entah kenapa kuat rasa di hatiku mengajak mereka semua pergi sedangkan sebelum ini pasti ada seorang dua yg akan tinggal,utk mnjaga rumah. Sempat ku katakan kpd salah seorang adikku, "Kita mesti pergi,kalaupun org lain tidak ingat, anak anaknya pasti akan ingat sampai bila bila." Aku masih ingt lagi arwah ibu mengenakan bau kurung hitam batik yg dibelikan oleh bapaku. Sgt cantik ibu pada mlm itu. Aku sendiri yg membantunya mengenakan tudung. Aku mengenakan pin keronsang di bahunya agar kdudukan tudung tidak beralih. Ku tenung wajahnya lama lama seraya ibu pun mmelukku. Sempat jua kami berkasih syg di depan cermin walhal hakikatnya bapaku sudah lama mnunggu di dlm kereta.

Sesampainya kami di sana, aku dan arwah ibu hanya duduk di dapur memandang x ada ruang lagi untuk kami berdua utk mnunaikan solat Maghrib bjemaah. Ramai yg menegur ibu nampak semakin berisi,semakin sihat. Ya,itu aku mmg akui kerna arwah semmgnya sangat bselera apbla makan,lebih lebih lagi apabila skrg apabila aku sudah ada di rumah. Sebelum ini aku bertahun tahun mnuntut ilmu di negeri org dah hanya pulg apb musim cuti bermula. Aku akui sangat manja apabila bersama ibu, dan begitu juga ibu.Sangat manja bila bersamaku. Tambahan pula aku sahajalah satu satunya anak perempuan dalam adik beradik.Jadi, bayangkan sajalah bagaimana keadaan aku apabila kehilangan ibu,teman rapatku,sahabat dan tempatku bmanja mesra.


Di malam itu selepas selesai mbaca Yassin ibu berkata kpadaku," Nak,x sangkakan...awal benar dia pergi. Dah nama suratan kan." Aku hanya mengangguk dan mengiyakan kata kata ibu. Sekarang kalau aku teringatkan wajah ibu kala itu,air mata mmg tidak dapat dibendung lagi. Rupa rupanya kata katanya pd mlm itu salah satu tanda yg dia akan menyusul. Ya Allah..

Setelah selesai semuanya,kami skluarga memohon diri utk pulang. Namun kami tidak terus pulang ke rumah,dan aku mengajak bapaku membawa kami semua ke Boulevard Mall. Entah,aku rasa seperti hendak berjalan jalan dahulu pd mlm itu. Bapa bersetuju,dan aku tahu arwah pasti sgt gembira kerana arwah sangat suka mencuci mata melihat baju baju di situ.Ah,tkenang lagi..Hmm..Setelah masuk ke dlm,aku mbawa bapa dan ibuku ke suatu sudut di bahagian bangunan baru Boulevard. Tujuanku membawa mereka ke sana adalah untuk berehat dan merasai urutan di kerusi urut automatik Sit n Go,salah satu favourite spotku,yg aku rasa semmgnya amat selesa utk mereka. Abg,kakak iparku dan adikku pula pergi berpecah ke ruangan pakaian. Aku pula mbawa orgtua ku berurut.Mungkin mereka akan merasa lebih selesa berurut setelah seharian bekerja. Aku pun blakon seolah olah pelayan di situ dan mempersilakan mereka berdua duduk.




Ku masukkan duit not rm1 pd kedua2 kerusi mereka berdua dan secara automatik kerusi tsebut mula mengurut mereka berdua.Ayah hampir tertidur kerana keasyikan diurut ,manakala arwah ibu pula tidak henti henti ketawa kerana merasa geli akan urutan tsebut. Sungguh comel ku melihat gelak tawa ibu di sisi bapa yg tersandar kenyamanan. Aku tahu,ayah sudah biasa tapi tidak bagi ibu. Inilah kali pertamanya mcuba kerusi urut tsebut dan aku tahu itu pengalaman baru baginya. Aku yg berada di hadapan mereka hanya mampu tersenyum,Alhamdulillah,walaupun hanya dgn pkara sekecil ini,setidak tidaknya aku bjaya melihat senyuman kegembiraan di wajah mereka. Adalah ssuatu yg amat mbahagiakan apabila melihat mereka bgelak ketawa bersamaku. Tidakku sangka itulah mlm terakhir ibu berada di sana, sedangkan aku merancang untuk lebih kerap membawa ibu ke situ pada masa akan dtg. Itulah ajal maut,langsung tidak pernah terduga. Kesemuanya ketentuan Tuhan..

Ah,terleka lagi aku..sedangkan solat Zuhur belum lagi disempurnakan..Aku mohon undur diri utk bsolat dahulu ..Insya Allah, ada kelapangan nanti akan ku sambung lagi perkongsian ku ini..Agar dapat diambil iktibar, bagi sesiapa sahaja yg membacanya..Ini janji aku, kamu pasti beroleh sesuatu di akhir perkongsian ku nanti...Insya Allah...

*masih belum sempurna*