Monday 25 November 2013

Dengan izin Allah, dia hadir jua..

Assalamualaikum...lama rasanya tidak menjengah blog..semuanya atas faktor ksibukan yg tak henti henti mlanda..terlalu byk yg ingin dikongsikan.Tapi kekangan masa yg membataskn aku..entah dari mana hendak aku mulakan..
Biarlah aku mula bercerita dari benda yg paling memberi impak kepadaku..

************************
Seminggu ibu meninggalkan kami sekeluarga , aku masih belum dapat menerima kenyataan..aku kerap tmenung..mengesali..panggilan dan sms dari kwn2 kurg ku balas...kdg2 langsung tidak..bukan apa...aku perlukn ketenangan..
Ada yg mendekati..tidakku nafikan..terima kasih atas keikhlasan kamu semua.
bukan aku tidak mahu berkawan,.
Cuma aku memerlukan ruang utk diriku sendiri..to heal..and it is not easy..

Sehinggalah seseorang mendekatiku..
pada mulanya aku merasakan tidak mengenalinya..sejujurnya memori ku bukanlah baik sangat. Aku mudah lupa org2 yg aku kenali dlm ms yg singkat. Tapi setelah dia mperkenalkan dirinya,menerangkn seelok eloknya barulah aku ingat..rupanya kami pernah berjumpa dan bertegur sapa sebelum ini...
Pertemuan pertama kami adalah pada tahun 2008 kalau tak silap, semasa dia berkunjung ke rumahku di Kuching. Dia dan keluarganya ke Kuching adalah atas tujuan rawatan perubatan. Ibunya mempunyai hubungan persaudaraan yg jauh dengan arwah ibuku..membesar di kampung yg sama..Kpg Tian Matu..
ibu ibu kami sememangnya sudah rapat dari kecil lagi..sehinggalah dewasa..tapi entah knapa kami pula yg tidak rapat...

Berbalik kpd si dia, seingat aku kami tidaklah berborak mesra tapi aku kagum,di ingatannya masih segar lagi rupa wajahku serta pakaian yg aku pakai pada hari tersebut...dari hujg rmbut hingga hujg kaki..Tidaklah aku menyangka rupa rupanya pertemuan singkat itu membuahkan rasa suka dlm hatinya..tapi katanya dia hanya melupakan saja perasaan itu kerana pada waktu itu dia menjangka aku sudah berpunya kerana 24 jam tak berenggang dengan handphone. Ya, sememangnya pd ketika itu aku menyerahkan sebulatnya hatiku pada org lain..org lain yg ku sangka bakal menjadi temanku skrg..tapi takdir Tuhan mengatasi apa yg pd mulanya aku harapkan..

Bilaku imbas semula, 2 minggu sebelum arwah ibu pergi..pernah ibuku berkata semasa kami duduk di meja makan.."Nak,kalaulah kau jadi dengan si Shamsul tu kan best..senang hati mak.." 
Aku yg pada ketika itu tidak berapa mengenali Shamsul hanya tersenyum dan berkata,
"Awal sangatlah mak..Entah serasi ke tidak..dahla x kenal sangat.."
Itu yang ku jawab padanya..

Dan sgguh aku tidak menyangka rupa rupanya itu antara tanda tanda ibu akan pergi meninggalkanku buat selama lamanya..dia sempat berpesan..dan nah..kini lelaki yg disebut sebut itu hadir..dengan izin Allah...
Pada masa itu aku terfikir, "Why dont I give it a try..manalah tahu jodoh dari Allah untukku...Tambahan pula,dia pilihan arwah ibu.. dan pilihan orgtua insha Allah yg terbaik...dan sejak itu aku mula perlahan lahan cuba mengenalinya..mengenal peribadinya satu persatu...

Segala galanya hanya menerusi telefon. Thanks to technology..Whatapps dan panggilan telefonlah lah yg mendekatkan kami..dia tahu aku sedang bertarung dgn emosiku sendiri..kerapkali topik kami adalah berkaitan arwah ibu..dan istimewanya,dia sedikit pun tidak pernah bosan..apatah lagi utk menukar topik..walaupun seolah semuanya adalah mengenai aku..aku sendiri sedar aku kurang menanyakan ttg dirinya..mcm pentingkan diri sendri kan?ya,itulah hakikatnya pada masa itu..kebanyakan lelaki sebelum ini yg cuba mendekatiku.. lebih gemar bcerita ttg diri masing2 ...dan .mungkin lumrahku seorg wanita..mahu perhatian lebih..namun dia sgguh berlainan..aku akui mula berasa senang dengannya..

Ya Allah,andai jodohku Kau permudahkanlah ...Aamiin..

Terkadang2 aku uji juga dirinya..dari segi egonya..tahap ksabarannya..dan sungguh dia amat luarbiasa..
Amat amat luarbiasa..pintu hatiku yg terkunci rapat selama 3 tahun seolah olah tbuka sedikit demi sedikit
dgn relanya..kesedihan ku khilangan ibu terubat sedikit demi sedikit dgn kata kata nasihat dan motivasi darinya..aku tahu dia ikhlas..bukan semata mata kerana dia ingin mengambil hatiku,tapi kerana dia juga pernah mengalami keadaan yg sama semasa kehilangan adiknya...maksudku..arwah adiknya..Al Fatihah..

Keikhlasan dan kesabarannya paling aku kagumi..hati wanita manalah yg tidak terusik ,tatkala ada yg mengambil berat ttgnya lebih2 lagi di kala diberikan ujian berat oleh Allah..dia tidak berlebih lebih dalam mendekatiku..aku rasa cukup dhormati sbagai seorang perempuan..dari segi tutur katanya tidak pernah mengguris hati malahan lebih menguatkan aku dalam menempuh hari hari mendatang..Alhamdulillah..nampak benar dia dididik dan dibesarkan oleh seorang wanita yang hebat...
seperkara yg membuat dia amat berlainan sekali dgn lelaki lain yg aku kenali adalah kerana dia amat menjaga solatnya..kerapkali dia mengajakku solat apabila masuk waktu..

Dan andai dia tidak pernah melupakan Tuhannya, meletakkanNya di tingkat teratas.. nah..bayangkan sajalah bagaimana dia melayan ahli keluarganya...terlintas di hatiku seketika, mungkinkah dia adalah kurniaan yg diberikan oleh Allah setelah Dia mengambil arwah ibu dari hidupku..

Perasaan itu kuakui ada, namun ku simpan kemas kmas di dalam lubuk hatiku ini. Manalah tahu dia sekadar berbuat baik kerana ibu bapa kami saling mengenali..kadang kadang masalah wanita paling besar adalah merasakan seorg lelaki menyukainya sekiranya dia melihat lelaki itu mengambil berat ttg dirinya..perlu diingat, mungkin lelaki tersebut sememangnya dibesarkan dan dididik dari kecil untuk menghormati dan melayan wanita sebaiknya..

Semua ttg dia ku ceritakan pada kakak iparku, kakjue.dia salah seorg dari senarai wanita yg aku kagumi selain arwah ibuku..dan sedikit sebanyak perangainya seperti perangai arwah ibu..terutama dari segi kesabaran dan ketulusan hatinya ..sebab itu aku senang bcerita dgnnya..kakjue mnasihatkan aku agar berkawan dahulu dan tidak terburu buru wlaupun dia turut merasakan lelaki itu seorg lelaki yg baek..ini kerana kakjue juga tahu sejarah kisah laluku...Juga bersama lelaki yg sgt baik,tetapi akhirnya lelaki itu jugalah yg melukai hatiku..jadi dia tidak mahu kisah itu berulang lagi,lebih lebih lagi dlm keadaan aku sekarang..
Aku ambil nasihatnya, dan meletakkan jarak dlm hubungan kami..biarlah berlandaskan kawan semata..andai ada jodoh,aku mohon dipermudahkan..
Sehinggalah pada cuti tahun baru cina..aku mmutuskan untk mlawat nenek dan datuk  sebelah arwah ibuku di kpg Tian Matu. Pada aku sekurg2nya mungkin trubat rinduku pada arwah ibu,dan pd ms yg sama nenek dan datuk boleh melpaskan rindunya thadap arwah ibu,padaku..dan tanpaku tahu,rupanya si dia turut balik kampung untuk bjumpa keluarganya..entah mengapa hatiku bdebar..nanti kalau dh jumpa,nak cakap apa?ku pujuk hati, takkanlah berjumpa..janganlah jumpa..aduh..malulah..
Dan benda yg aku paling takut jadi juga..Dia mengajakku berjumpa sambil minum2 di Open Air Daro..aku terkesima. Nak pergi ke tidak..takkanlah nak tolak, nmpak sgt menyimpan perasaan..tapi kalau jumpa nak cakap pasal apa..dlm fon lainlah..aduuh..kbetulan pada hari itu aku menemani makcik2 ku ke Mukah..jadi aku tidak memberikan apa2 keputusan yg pasti pd si dia..

Ptg itu ,aku dan makcik2ku balik pada waktu hampir Maghrib. Dan satu kampung blackout...tak ada elektrik..dan ini menguatkan lagi sebab untuk tidak bertemu. Aku sedikit lega dan mengandaikan plan kami tidak menjadi..namun harapan hanya tggal harapan..elektrik menghadirkan diri setelah solat Magrib..dengan izin Allah juga...dan dia masih juga berharap dapat bertemu kerana dia akan balik semula ke Miri pada esok harinya..lupa pula aku nak beritahu,,dia sekarang bekerja sebagai jurutera di Miri..jauh dari keluarganya..

Aku pun bersiap dan membawa salah seorg dari makcikku utk menemani..di dalam hatiku jangan berdua..nanti ada pulak org ketiga,yakni syaitan.. kan? Sejujurnya pada saat pertama bertentang mata di rumah neneknya itu aku sangat bdebar dan jarang2 sekali aku mnatap matanya..aku buat2 tgok kiri dan knan..entah apa yg aku perhatikan..
Dia?
Dia amat bersahaja..berbaju tshirt,bseluar dan berkopiah..
dan aku?mcm org nak pegi KL!..Ahai..

Semasa hendak brgkat pergi,sesuatu yg aku tidak sangka tjadi.. Aku ingat aku seorg saja yg fikir sdemikian,rupa rupanya dia pun sama. Lagi dasyat kot.
Rupa rupanya kedua dua kami tak mahu berdua duaan..
Dia turut membawa seorg makciknya dan, seorang adik lelaki nya yg tsangatlah comel iaitu Syaraf,
untuk turut minum bersama.. Aku ingat aku sensitif,dia lagilah sensitif dan peka..

Alhamdulillah..first pertemuan bawak perisai masing2..
Nak tahu apa yg tjadi disana dan sepanjg pjalanan..aduii..Banyak alkisahnya..
Unpredictable things happened...tapi nantilah ku ceritakan lagi....penat menaip..hehe
Assalamualaikum semua...semoga hari hari anda sentiasa dirahmati Allah dan diberkatiNya...Aamiin...




No comments:

Post a Comment